Monday 9 July 2012

DORONGAN NEGATIF MEMBUNUH USAHA ANDA


‘Dorongan’ merupakan perkataan yang sering kita dengari dari awal kita membuka mata sehinggalah kita menutup mata kembali. Sekirannya seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang sukar ataupun mudah, dorongan bersifat positif dan negatif akan terhasil dari mulut-mulut individu yang melihat. Sekiranya dorongan itu bersifat positif sudah pasti individu yang ingin melakukan sesuatu perkara itu akan bersemangat dan bermotivasi. Tetapi lain pula jadinya apabila dorongan bersifat negatif terhasil menyebabkan individu itu akan terus lemah dan mulalah ungkapan ‘give up’ akan hadir di dalam diri. Cuba kita hayati diri kita sendiri, berapa kali dalam sehari kita mendapat ungkapan dorongan dari orang lain? Sekarang berapa banyak  pula kita mendapat ungkapan dorongan yang positif berbanding negatif? Sudah tentu anda ada jawapannya.

     Dalam perkongsian saya hari ini, saya ingin menyatakan sekirannya dorongan negatif sentiasa mengalir dalam kehidupan anda dan mula mencakar potensi diri anda, sudah pasti banyak keburukan yang akan anda terima. Sebenarnya dorongan negatif boleh melemahkan keyakinan dan kepercayaan di dalam diri anda. Sebagaimana contoh sekiranya ada individu yang menyatakan ‘anda ini lemah’, ‘anda ini tak mampu lakukan’, ‘anda ini tak berguna’ dan lain-lain sudah pasti minda anda mula memikirkan yang anda ini ‘memang lemah’. Sekarang saya ingin bawakan satu kisah pendek tentang sekumpulan katak yang membara bagi mengaitkan apa yang saya ingin kongsikan.


     “Pada suatu hari ada sekumpulan katak sedang mengembara mencari tempat untuk dijadikan sebagai penginapan yang baru. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba dua ekor katak terjatuh ke dalam sebuah lubang yang cukup dalam. Dua ekor katak itu tidak dapat melompat naik kerana kaki mereka terseliuh. Oleh sebab tidak ada peralatan untuk membantu, sekumpulan katak yang lain hanya melihat kejadian itu dan mulalah menyatakan, “mungkin kamu akan mati di sini dan kamu tidak akan dapat naik lagi”. Ungkapan negatif itu sentiasa diperkatakan menyebabkan salah seekor katak yang terjatuh itu menangis dan meronta-ronta meminta bantuan. Akan tetapi berbeza pula dengan seekor lagi katak yang terus melompat dan berusaha naik walaupun kesakitan melanda dirinya. Akhirnya usaha si katak itu berjaya naik ke atas dan sekumpulan katak yang lain terkejut kehairanan dengan apa yang berlaku. 

Apabila di tanya tentang bagaimana ia lakukan, si katak itu tidak menjawab bahkan hanya tersenyum dengan  mengungkap perkataan ‘terima kasih kerana memberi sokongan’. Sekumpulan katak yang lain mulalah kehairanan dengan apa yang dinyatakan si katak itu sedangkan mereka banyak memberi dorongan negatif kepadanya. Sebenarnya si katak yang selamat naik itu adalah seekor katak yang pekak dan dia menyangkakan kawan-kawannya yang lain memberi sokongan untuk terus berusaha naik.”

     Dari cerita si katak itu, saya ingin menyatakan dorongan yang negatif sebenarnya akan membunuh usaha seseorang itu untuk berjaya. Akan tetapi sekirannya seseorang itu menjadikan dorongan negatif sebagai muhasabah dan tidak memandang ianya suatu perkara yang melemahkan, sudah pasti dirinya akan menjadi insan yang memiliki Super Estim Diri (SED). Tak semestinya kekuatan diri kita itu lahir dari kemampuan orang lain, tetapi semestinya kemampuan diri yang kita miliki akan memberi kekuatan kepada orang lain. 
   

Sunday 8 July 2012

BEZA KEKUATAN OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN


Otak adalah suatu anugerah yang paling hebat diciptakan Allah. Mungkin perbezaan boleh dinilai melalui otak manusia dan otak haiwan. Sebagai manausia kita mempunyai minda/akal untuk berfikir dan bermuhasabah, berbeza dengan haiwan yang sentiasa kita lihat. Mungkin manusia ini di lihat dalam sudut kacamata lelaki dan perempuan. 

Mengikut kajian, lelaki dan perempuan mempunyai  kekuatan yang berbeza dihasilkan dari otaknya. Sedikit perkongsian perbezaan antara fungsi otak lelaki dan perempuan 

Tugasan

Otak Lelaki
Proses otak wanita direka bagi menumpukan tugasan yang berganda di dalam sutu-satu masa. Sebagaimana contoh wanita dapt menonton TV, bercakap melalui telefon dan melakukan aktiviti memasak di dalam satu masa. Proses otak lelaki pula direka dengan cara memberi tumpuan hanya satu kerja pada satu masa.

Bahasa

Wanita mudah mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bahasa. Lelaki pula tidak mudah untuk mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan di dalam bahasa.  

Analisa

Otak lelaki mempunyai banyak ruang untuk mengendalikan proses menganalisis sesuatu perkara.  Mereka boleh menganalisis dengan cara mencari penyelesaian dan boleh merangka reka bentuk yang berbentuk kompleks. Otak wanita pula dapat memahami sesuatu rangka reka bentuk dengan mudah tetapi tidak dapat menganalisanya secara berfokus.

Memandu

Semasa memandu kereta, lelaki boleh memandu dengan keadaan laju kerana dia dapat melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh dan serta-merta mengklasifikasi kelajuan objek/ kenderaan itu. Akan tetapi lelaki hanya boleh fokus pada suatu perkara sahaja seperti tumpuan pada memandu.Perempuan pula mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelajuan dan arah sesuatu objek kenderaan. Walau bagaimanapun perempuan mampu untuk memberi tumpuan kepada perkara lain selain memandu.

Menipu

Otak wanita secara semula jadi dapat mengetahui 70% ekspresi wajah lelaki yang menipu , 20% pergerakan tubuh badan dan dapat mengetahui 10% apa yang keluar dari mulut lelaki apabila menipu. Otak lelaki pula tidak dapat mengetahui secara jelas apabila seseorang perempuan menipu. Akan tetapi lelaki mempunyai kemampuan untuk mencari helah menipu.

Otak Wanita
Menyelesaikan Masalah

Sekirannya seseorang lelaki itu mempunyai banyak masalah, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri dan akan bertindak menyelesaikannya satu demi satu. Sekirannya seseorang perempuan itu mempunyai masalah, mereka akan mencari individu untuk meluah dan akan menenangkan fikirannya dengan cara menyendirikn diri. Mereka akan menyelesaikan masalah apabila ada sesuatu panduan.

Apa yang Mahu

Lelaki lebih mahu kejayaan, penyelesaian masalah diri dan perkara yang diminati. Wanita pula mahu kepada hubungan, rakan dan keluarga.

Tidak Puas Hati

Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya.Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerjaya, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada hubungan.

Percakapan

Wanita menggunakan bahasa tidak langsung dalam ucapannya. Lelaki menggunakan bahasa langsung dalam ucapannya.

Pengurusan Emosi

Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula bertindak tampa berfikir.

Sentuhan

Wanita suka disentuh di dalam perbualan sosial sepertimaa empat hingga enam kali sentuhan berbanding lelaki kerana perlukan belaian. Lelaki pula kurang menyukai kepada sentuhan sehinggalah lelaki adalah golongan paling ramai menghidap masalah jiwa.  
  
Arah Tangan

Wanita mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membolehkan mereka melakukan kerja rumah. Lelaki pula selalunya hanya menggunakan sebelah tangan sahaja semasa melakukan sesutu kerja.

Kepintaran

Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita.


........................
Muiz Mukhtar
Guru Bombingan 

Saturday 7 July 2012

SIKAP BOLEH BERUBAH (PART 2)

Pupuk sikap dengan cara 'Mengenal Diri'

‘Mengenal diri’ merupakan suatu mesej muhasabah belajar yang saya ingin kongsikan buat semua pelajar, tidak kira seseorang pelajar itu bergelar  muslim ataupun non-muslim.  Ini kerana semua orang yang tinggal di muka bumi yang penuh dengan kebahagiaan dan keseronokan ini  adalah ciptaan dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Seluruh manusia mengetahui diri mereka merupakan diri yang dicipta dan bukan dijadikan secara tiba-tiba. Betul atau tidak? Oleh sebab itulah saya merasakan sudah menjadi tanggungjawab saya menulis dan menyatakan pembentukan sikap dengan cara mengenal diri sendiri amat penting sebelum anda berusaha mencapai sesuatu di dalam kehidupan. Tampa mengenali siapa diri kita, sudah pasti seseorang itu tidak mungkin dapat memaksimumkan potensi dirinya dengan penuh bertenaga malah seseorang itu akan menyalahgunakan potensi dan kelebihan yang dianugerahkannya.

Saya suka mengambil dua contoh kisah pelajar genius yang memiliki potensi diri tetapi mereka tidak dapat mengenali diri sebagai individu hebat sehinggalah mereka mencari jalan yang salah. Individu genius yang saya maksudkan ialah Theondora John Kaczynski dan Sofiah Yusof. Kisah dua individu genius mendapat liputan berita yang meluas.

Kisah Theondora John Kaczynski

Theondora John Kaczynski merupakan seorang genius matematik lulusan Harvard University dan Michigan University, yang digelar Unabomber. Sewaktu berusia 16 tahun, Ted memperolehi biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Harvard University. Setelah umurnya 20 tahun, dia berjaya memperolehi ijazah sarjana dan pada usianya 21 tahun dia telah memperolehi gelaran doktor matematik.

Ted mempunyai kelemahan dalam membina hubungan sosial sehinggalah dia telah hilang daya mengenal diri sendiri dan tidak mengenal erti bersyukur.  Dia telah merancang keganasan selama 17 tahun dan membunuh 3 orang serta mencederakan 23 orang dengan bom yang diciptanya sendiri. Dan kini kecerdikan yang dimiliki oleh Ted hanyalah sia-sia dan tidak member kebaikan kepada orang lain.

Kisah Sufiah Yusof

Sufiah yusof adalah wanita genius matematik yang telah berjaya memasuki Oxford University pada umurnya 13 tahun. Ibunya berasal dari Malaysia dan bapanya pula dari Pakistan. Kisah kehidupan Sufiah telah disiarkan akhbar News Of The World keluaran 31 Mac 2008 yang telah mendedahkan wanita yang dianugerahkan kepintaran semula jadi itu telah menawarkan khidmat menjual tubuh melalui internet dengan bayaran 130 paun sterling (RM845) bagi satu sesi. Permasalahan keluarga yang tidak mengenal erti kehidupan bahagia menyebabkan Sufiah melakukan perkara sebegitu sehinggalah dia tidak mengenal dirinya sebagai hamba yang telah berjaya.

Kenal Diri 1 : 'Penghayatan'

Di dalam buku yang bertajuk ‘Bangkit Sebagai Pelajar Hebat hasil tulisan Tengku Abdul Halim Tengku Muda ada yang menyatakan Sebaik sahaja anda mengenal diri anda, sebahagian besar perjuangan anda sudah berjaya dan terlaksana

Oleh yang demikian, konsep mengenal diri adalah suatu kuasa penghayatan (power of concentration) yang membolehkan diri kita merasakan kehidupan ini adalah suatu keistimewaan yang di berikan oleh Tuhan. Kejayaan dan kegagalan merupakan suatu lumrah di dalam kehidupan seorang manusia. Apa yang paling utama adalah, diri kita tidak lupa pada Tuhan dan sentiasa meninggalkan perkara yang dilarang.

Walaubagaimanapun, kini penghayatan mengenal diri dengan cara mengingati tuhan sudah semakin berkurang di jiwa pelajar dan remaja. Mungkin mereka kini lebih suka mencari perkara-perkara yang membawa kegembiraan yang bersifat sementara menyebabkan mereka hanyut dengan perkara yang tidak berfaedah dan menjadikan mereka lupa akan diri. Sebagaimana contoh,

1.  Pelajar kini lebih gemar berfacebook dan melayari internet sehinggakan mereka lupa pada tanggungjawab untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam bagi individu muslim.

2.  Pelajar kini juga lebih gemar bercinta sehinggakan mereka sanggup lari dari rumah meninggalkan keluarga bagi menggikuti teman lelakinya.

3.  Pelajar kini lebih suka mencari perkara-perkara lucah sehinggalah mereka lupa akan dosa dengan melakukan perkara yang ditegah.

4.  Pelajar kini lebih terdedah dengan isu-isu zina di akhbar, majalah, internet, MMS dan lain-lain sehinggalah mereka ingin mencuba dan tidak ambil peduli kes pembuangan bayi.

5. Pelajar kini lebih gemar meniru gaya-gaya artis barat sehinggalah mereka tidak menunjukkan akhlak yang baik dan bermoral.

6. Pelajar kini lebih gemar bergaul dengan rakan-rakan yang membawa masalah sehinggalah banyak gejala rempit, gengsterisme, ponteng sekolah dan lain-lain menjadi perkara biasa.

Terdapat banyak lagi perkara yang memberi kesan negatif kepada pelajar dan remaja kini. Ingatlah, pelajar dan remaja kini adalah dari generasi Y. Mereka akan dilanda tsunami ataupun virus kerosakan akhlak sekirannya tidak dibendung dan tidak di didik dengan landasan agama . Generasi Y adalah generasi yang selalu menyatakan perkataan ‘Why/Mengapa’ dan disusuli ‘But/Tetapi’ di dalam kehidupan seharian mereka. Walaubagaiamnapun ‘Why/Mengapa’ banyak di tanya dalam bentuk perkataan negatif berbanding positif. Sebagaimana contoh perkataan yang sering kita dengari daripada pelajar seperti;

1.  Mengapa saya tidak boleh lakukan perkara ini? tetapi dia boleh lakukan.
2.  Mengapa saya tidak boleh meniru gaya rambut orang itu? tetapi dia boleh tiru.
3.  Mengapa saya tidak boleh malakukan aksi merempit sebegitu? tetapi dia boleh lakukan.
4.  Mengapa dia dapat tengok perkara lucah itu? tapi saya tak dapat.
5.  Mengapa ibu bapanya benarkan dia ke konsert itu? Tetapi ibu bapa saya tak benerkan.
6.  Mengapa mereka boleh bercinta? tetapi saya tak diberi peluang.
7.  Mengapa ibu bapa saya tidak membeli handphone yang canggih? Tetapi ibu bapanya beli.
8.  Mengapa guru disiplin itu marahkan saya dan hukum saya? Tetapi mereka tidak pun dihukum.
9. Mengapa saya tidak boleh menghisap rokok? Tetapi sepupu saya tidak dihalang menghisap rokok.

Beginilah persoalan-persoalan ‘Mengapa/Why’ yang selalu ditanya menyebabkan mereka kini sukar dikawal dan sering kali  mudah lupa diri sebagai seorang pelajar. Sekiranya persoalan Mengapa/Why ini tidak dapat dijawab dengan jelas dan hikmah, manakala ‘But/Tetapi’ itu pula memberi pengaruh kepadanya, sudah pasti mereka akan mencuba perkara yang dipersoalkan itu sehinggalah mereka terjebak dan memilih perlakuan yang berunsurkan negatif.

SIKAP BOLEH BERUBAH (PART 1)

APA ITU SIKAP

Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Sikap juga adalah tindakan dan tingkah laku diri berlandaskan cara seseorang itu berfikir. Terdapat dua orang pelajar ingin melakukan sesuatu perkara, akan tetapi cara dan corak fikiran mereka berbeza sehinggalah bertindak balas secara berbeza pada sesuatu peristiwa ataupun persekitaran. Sebagaimana contoh apa yang saya maksudkan, anda suka membonceng motosikal dengan keadaan laju dan tergopoh-gapah. Pada suatu hari kawan anda ingin menumpang untuk ke kelas tambahan. Kawan anda meminta anda membawa motosikal dengan keadaan perlahan dan berhati-hati.

Akan tetepi, anda mula berfikir untuk berlagak dan menunjukkan kemahiran membawa dengan keadaan laju. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda meninggal dunia di tempat kejadiaan. Anda mula menyesal dan berkemungkinan besar anda mula mengubah sikap anda semasa membawa motosikal. Anda juga akan menegur dan menasihati kawan-kawan anda apabila melihat mereka membawa motosikal dengan keadaan laju dan merbahaya. Semua ini terhasil apabila dari anda mengubah cara berfikir dari negatif kepada positf disebabkan adanya pengalaman dan peristiwa. Apa yang saya ingin nyatakan disini bahawa sebenarnya kita mampu untuk mengubah sikap sekirannya kita mahukan.

Mengikut kajian pakar-pakar motivasi telah menyatakan kecemerlangan seseorang pelajar banyak bergantung kepada sikap iaitu 80 peratus manakala ilmu pula sebanyak 10 peratus dan 10 peratus lagi adalah kemahiran. Di dalam bahagian inilah, saya ingin berkongsi dan membuktikan bahawa sikap adalah perkara asas yang perlu anda ketahui dan jadilah buku ini sebagai panduan untuk anda terus mengukir kejayaan.

Pupuk sikap yang bermotivasi

Ibu bapa selalu inginkan seorang anak yang memiliki sikap yang bermotivasi. Seorang guru seringkali berusaha untuk mendisiplinkan sikap pelajar di sekolah untuk terus bermotivasi. Seorang perunding motivasi atau kaunselor pula selalunya akan menekankan konsep kepentingan sikap yang bermotivasi di dalam kehidupan seorang pelajar. Selain itu juga, ada sesetengah pihak juga akan mendedahkan budaya sikap yang positif kepada pelajar ataupun remaja sehinggalah ia mendapat kesedaran. Kesemua ini menunjukkan bahawa sikap merupakan suatu elemen penting yang perlu di ketahui oleh seorang pelajar bergelar remaja untuk terus bermotivasi. Persoalannya?

1.  Mengapa sikap yang bermotivasi sebegini sering dipupuk sejak zaman persekolahan lagi?

2. Mengapa motivasi terhadap sikap menjadi peranan utama di dalam pembentukan kejayaan seorang pelajar?

3.  Mengapa sikap yang terus bermotivasi ini selalu menjadi suatu kayu ukur penting di dalam kehidupan seorang pelajar.

Persoalan ini saya ingin menjawabnya dengan menyatakan satu laporan berita di Harian Metro pada 20 Mac 2005 yang bertajuk ‘Pelajar Cemerlang Ceroboh Sekolah’. Insiden ini telah berlaku di sebuah sekolah di daerah Kulim yang mana dalam kejadian ini, dua pelajar tingkatan empat yang cemerlang dalam aliran sains telah menceroboh sekolah dengan mencuri peralatan komputer. Pelajar-pelajar ini berjaya ditahan polis dan menyebabkan ramai yang mempersoalkan kecemerlangan yang mereka perolehi. Sikap yang bermotivasi bukanlah suatu perkara yang di capai melalui bidang akademik dan kerjaya semata-mata. Akan tetapi sikap ini merupakan peranan besar di dalam menentukan kehidupan seseorang pelajar itu.

Semua manusia dianugerahkan dengan memiliki sikap yang memberi sesuatu kebaikan ataupun keburukan terhadap diri sendiri dan orang lain. Di dalam Al-Quran ada menyatakan;

“Maka sesuatu apa yang diberikan kepada mu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan mereka”.
Asy-Syura ayat 36


.:Bersambung:.