Thursday 8 November 2012

PERKARA PERLU LAKUKAN SEMASA CUTI SEKOLAH



CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah sudah bermula. Sudah pasti perkataan ‘HOREEY’ menjadi perkataan utama para pelajar.  Mungkin ada yang tersenyum lebar dan ada yang terlompat-lompat bahkan ada yang menjerit kegembiraan. Apa yang saya nak gambarkan di sini adalah perkataan ‘CUTI’ sudah menjadi suatu perkara yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh semua pelajar. Mengapa? Sudah pasti jawapannya adalah kerana rutin kehidupan seorang pelajar adalah seperti pergi sekolah, balik sekolah, hadiri aktiviti kokurikulum sekolah, buat kerja sekolah, ulangkaji pelajaran sekolah, hadiri kelas tambahan di sekolah dan banyak lagi. Semuanya berkisarkan dari perkataan sekolah sehinggalah minda mereka di ikat dengan berfikir tentang sekolah (belajar). 

Oleh itu, bila hadirnya cuti sekolah maka pemikiran mereka dirungkaikan dari perkataan sekolah (belajar)menjadi perkataan rumah seakan-akan seperti ada kebebasan. Inilah yang saya ingin maksudkan bahawa CUTI bukanlah bermaksud pelajar boleh bebas dari aktiviti pembelajaran, tetapi pelajar perlulah mengisi aktiviti pembelajaran mengikut citarasa tersendiri. Kadang-kadang ada pelajar yang lupa diri sehinggalah menjadikan cuti sebagai medan untuk melepak, berfoya-foya, bermain sepanjang masa, merempit, berfacebook siang malam dan melakukan aktiviti yang tidak ada faedahnya. 

Ingatlah pelajar yang bijak adalah mereka sentiasa merangcang dan mengatur aktiviti cuti persekolahan mereka. Akan tetapi berbeza pula bagi pelajar yang kurang bijak, cuti persekolahan merekalah yang merangcang dan mengatur aktivitinya sehinggalah mereka lalai dan leka.


Sekarang, apa yang perlu pelajar lakukan?

1. Buat perancangan aktiviti anda

a) Sediakan buku latihan 60 muka surat/buku 555/Buku catatan/Nota kecil
b) Setiap helaian muka surat adalah di anggap seperti perancangan aktiviti seharian anda (masukkan tarikh/hari)
c) Sila Isikan setiap hari aktiviti anda pada helaian buku itu dan anda sendiri boleh menilai serta menentukan aktiviti yang mana penting dan tidak penting.
d) Pastikan anda mengulang tindakan mencatat aktiviti anda secara konsisten

2. Buat penilaian dan awasi aktiviti anda

a) Anda boleh melayari internet tetapi jangan biarkan internet melayari jiwa anda.
b) Anda boleh menonton Television tetapi elakkankan ia menjadi VisionTele.
c) Anda boleh bersiar-sia tetapi pastikan ia menjadi pengalaman berharga.
d) Anda boleh bersuka ria bersama rakan-rakan tetapi elakkan diri anda  dari terpengaruh dengan perlakuan tidak sopan.
e) Anda boleh menghabiskan bacaan novel dan komik tetapi jangan lupa pada tanggungjawab sebagai makhluk dan pelajar.
f) Anda boleh bersukan tetapi pastikan anda tidak menjadikan ia sebagai aktiviti utama.

3. Buat dan tunjukkan perlakuan sebagai seorang anak soleh/solehah

a) Perbanyakkan aktiviti menolong dan membantu ibu bapa.
b) Hiburkan hati ibu bapa dengan tidak menyusahkan mereka.
c) Lakukan amalan-amalan seperti seorang hamba Allah.
d) Melawat dan menziarahi saudara mara anda

4. Buatlah dan carilah pengisian yang bermotivasi

a) Pergilah dan mintalah pada ibu bapa untuk dihantar ke kem-kem motivasi sempena cuti sekolah
b) Pergilah ke kelas pengajian Al-Quran dan fardhu ain
c) Bergaullah dengan individu yang mempunyai aura motivasi
d) Jadikan buku sebagai teman suntikan motivasi

5. Buat persiapan untuk menghadapi persekolahan di tahun hadapan

a) Hadiri ke kelas tuisyen
b) Membeli buku-buku rujukan dan latihan sebagai ‘preview’subjek yang akan di ambil tahun hadapan
c) Berjumpalah  dengan senior-senior  sebagai ‘icon’ dan berkongsi pengalaman bersama mereka.


'CUTI SEKOLAH bukanlah bererti anda BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA, tetapi ia sebagai peluang untuk anda REHAT SECARA BERMANFAAT'
(MuizMukhtar 2012)

.....................
Muiz Mukhtar
Guru Bimbingan

Sunday 4 November 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH DI KELANTAN 2012

Adakah ibu bapa masih mencari  sebuah program untuk mengisi masa terluang anak-anak mereka ketika cuti sekolah ? Mahukah ibu bapa menjadikan  cuti sekolah anak-anak sesuatu perkara yang bermakna buat mereka? Sudah pasti ibu bapa memerhatikan sebuah program yang bersifat lain daripada Kem Motivasi biasa! Inilah masanya memberi sesuatu yang berharga buat anak-anak.
MONSOON CAMP REMAJA EXCELLENT 2.0
(Eksplorasi Alam Merasai Kebesaran Tuhan)


APA ISTMEWA PROGRAM INI ?

Khas untuk menggilap potensi remaja sebagai seorang pemimpin dan pelajar

Bimbingan dan motivasi mencintai Islam, menghayati kebesaran Allah melalui penerokaan hasil penciptaanNya.

Pembinaan sikap positif terhadap diri dan mendidik cara ikhtiar hidup dalam keadaan yang sukar dengan memanfaatkan alam sekeliling.

Remaja juga akan mengetahui bagaimana menjadi seorang individu yang MENARIK, yakin, berwibawa, dihormati lagi dihargai oleh keluarga dan kawan-kawan.

SIAPA YANG HARUS MENYERTAINYA?

Pelajar berumur 10 - 17 tahun


BUTIRAN PROGRAM

Tarikh:
8 - 10 Disember 2012 (Sabtu - Isnin)

Lokasi: 
Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan

Yuran Pendaftaran:
RM 180 (Seorang)

Dapatkan Maklumat Lebih lanjut Melalui Laman Sesawang:


HUBUNGI :


013 9664306 / 013 4058718


POSTER PROGRAM


KENANGAN PROGRAM MCRE 1.0, 2011





TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN


PANDUAN DAN KAEDAH 'SMART' - MUIZ MUKHTAR  

SMART Sehari sebelum masak ke dewan peperiksaan

S – Sikap

1.  Sentiasa bersikap positif dan sentiasa mengeluarkan perkataan-perkataan posif supaya diri ini mendapat aura positif.
2.  Mengelak dari 3 sikap ini iaitu Malas, Tangguh dan Bosan.

M – Mohon

1. Perbanyakkan doa kepada Allah.
2. Mohon maaf kepada individu yang dekat dengan kita seperti ibu bapa, keluarga, guru dan rakan-rakan.
3. Buat tanggujawab kita sebagai makhluk seperti solat, membaca Al-Quran dan banyak lagi.

A – Amalan

1. Tidur awal untuk memastikan tubuh badan kita tidak lesu dan letih pada keesokan harinya.
2. Amalkan solat hajat untuk memastikan kita sentiasa tenang mengharungi peperiksaan.
3. Buat amalan-amalan yang menjadi tanggujawab kita sebagai makhluk seperti solat lima waktu, membaca  Al-Quran dan banyak lagi.
4. Buang amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum air berkarbonat dan lain-lain.
5. Jangan lupa bersarapan dan pergi awal ke tempat peperiksaan keesokan harinya.

R – Rasa

1. Buangkan dahulu rasa nak berfacebook dan bertwetter.
2. Buangkan dahulu rasa nak berSMS dengan kekasih ataupun rakan-rakan.
3. Buangkan dahulu rasa nak melayan ‘movie’ terbaru.
4. Buangkan dahulu rasa nak menghabiskan bacaan novel yang digemari.
5. Buangkan dahulu rasa nak melihat youtube.
6. Tambah rasa untuk dapatkan A. Usaha lagi.

T – Teknik

1. Pastikan membuat dan membaca soalan dan jawapan.  Buat ulangkaji secara berkesan bukan secara membebankan.
2. Pastikan alatan peperiksaan mencukupi dan buatlah persediaan awal.
3. Periksa jadual waktu peperiksaan.
4. Pastikan anda banyak melihat  taget A anda. Contoh anda menampal target A anda di dinding dan meja belajar.


SMART memulakan peperiksaan

S – Sikap

1.  Sentiasa senyum dan ukirkan wajah yang positif.
2. Pastikan minda anda tidak menumpu pada masalah luaran. Fokus pada peperiksaan

M – Mohon

1.  Mohon Doa.

اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .
 2. Berselawat.

A – Amalan

1. Pernafasan yang betul seperti
 6 saat, Tarik – 6 saat, Tahan –6 saat, Hembus – 6 saat, Tahan (ulang secara 3 kali)
2. Cara duduk yang betul supaya ia tidak meletihkan dan mengantuk.
3. Bawalah air minuman untuk diminum.

R – Rasa

1. Buangkan rasa niat ingin meniru.
2. Buangkan rasa ingin pulang awal. Pastikan anda menggunakan masa yang diberikan secara maksima.
3. Buangkan rasa keinginan untuk ke tandas berulang kali. Pergi ke tandas apabila perlu sahaja.
4.  Buangkan rasa seperti di zon selesa seperti menunjuk-nunjuk dapat menjawab soalan peperiksaan.

T – Teknik

1. Pastikan anda membahagikan masa soalan-soalan yang ingin dibuat
2. Teliti dan fahami soalan terlebih dahulu.
3. Rangka dan draf jawapan.
4. Bagi soalan objektif, mulakan dengan soalan yang senang dahulu diikuti dengan soalan yang sederhana dan  susah.
5. Tulisan perlu jelas dan tidak comot.
6. Semak jawapan.


SMART selepas peperiksaan

S – Sikap

1. Redha dengan apa yang berlaku.
2. Tenang dan cubalah optimis dan yakin dengan jawapan anda.

M – Mohon

1. Mohon doa dipermudahkan dan mendapat keputusan yang cemerlang .
2. Perbanyakkan menyebut Alhamdulillah.

A – Amalan

1.  Amalkan apa yang saya nyatakan seperti perkongsian di atas.
2. Rehat dan buat perkara berfaedah.

R – Rasa

1. Buangkan rasa untuk berbincang jawapan.
2. Buangkan rasa ingin mencari jawapan peperiksaan.
3.       Tambahkan rasa untuk memberi tumpuan pada peperiksaan yang seterusnya.

T – Teknik

1. Ulangi teknik-teknik seperti apa yang dinyatakan di atas.
2. Tambahan, lakukan belajar secara berkumpulan jika perlu.


.......................
Muiz Mukhtar
Guru Bimbingan