Tuesday 12 September 2017

BREAKOUT STRES


Perkara yang saya selalu kongsikan bagi teknik mengurangkan stress negatif adalah dengan melalukan atau mencetuskan BREAKOUT STRES. Breakout Stres adalah kegiatan pengalihan perhatian ketika sedang hadapi stres. Saya mahu kongsikan 7 Breakout Stress yang boleh di amalkan.

1. Pemandangan Alam

Keluarlah bagi menikmati pemandangan alam. Duduk di tanam, berada di tepi pantai, naik kapal untuk melihat luasnya laut, berada di sawah padi, memandang gunung atau bukit, masuk hutan dan keluar dari kawasan bandar yang penuh dengan bangunan. Apabila balik kampung, maksimakan diri dengan menghayati, merasai suasana kampung.

2. Sumber Air

Lakukan aktiviti yang mempunyai kaitan dengan sumber air. Biarlah tubuh badan kita bersentuhan dan disegarkan dengan air. Contoh seperti sentiasa berwudhuk, mandi, berendam atau mengapung di kolam, pantai dan lain-lain. Boleh juga mencari kawan bermain tembak menembak dengan menggunakan pistol air. 

3. Altruistik / Kerja Amal

Lakukan kerja altruistik ataupun kegiatan sosial, kerja amal, kerja sukarelawan untuk membantu dan membahagiakan orang lain. Tidak perlu sehingga kita menjadi aktivis kerana ia untuk kegiatan mengalihkan tekanan sahaja. Melakukan kegiatan sosial kejiranan di tempat tinggal kita pun sudah memadai. Berinteraksi dengan orang lain dan masyarakat itu sangat penting dalam kerja dan kegiatan altruistik.

4. Senaman

Lakukan aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Berjalan kaki, berjoging, berbasikal, bersenam dan lain-lain sebenarnya boleh memberi kita ketenangan dan mengubah suasana emosi kita.

5. Sumber Haiwan

Bermaianlah dengan haiwan peliharaan ataupun melihat haiwan kerana hidup tanpa haiwan tidak seronok. Manusia sebenarnya banyak mempelajari sesuatu dari haiwan. Adakan juga kegiatan memberi makan kepada haiwan sambil melihat telatah haiwan itu makan 

6. Kerja Rumah

Lakukan aktiviti kerja rumah seperti berkebun, melipat baju, mengemas rumah, susun atur barang dan lain-lain lagi. Tidak perlu menunggu orang lain lakukan atau diminta untuk kita lakukan akan tetapi kita terus lakukannya secara ikhlas.

7. Spiritual / Ibadah / Rohani

Spiritual jangan dilupakan. Allah tempat kita meminta pertolongan. Solat, baca Al quran, berdoa, lakukan meditasi dan memandang anak-anak kecil sedang tidur lena.
.
Moga teknik Breakout ini ianya bermanfaat buat mereka yang dilanda stres. Breakout adalah teknik kegiatan normal yang mampu memberi impak yang berkesan sehingga seseorang itu akan bertambah damai, tenang, lega, relaksasi dan mampu memberi pengalaman menyeronokkan untuk anda.


.....................
Muiz Mukhtar
Guru Bimbingan

Thursday 7 September 2017

TIDUR BOLEH MENJADI PENAT DI SEBABKAN TECHNOSTRESS



Kini ramai yang sudah terbiasa dengan malayari televisyen, menggunakan laptop atau komputer, bermain handphone ataupun mengakses internet sebelum tidur. Ada yang tidak mempedulikan masa tidur atau rehatnya kerana terlalu mementingkan penggunaan alatan teknologi ini. 

Ada juga yang tidur dengan tidak mematikan alatan-alatan teknologi ini. Kesannya kita sukar untuk tidur lena dan terbangun di pagi hari dalam keadaan masih mengantuk serta keletihan. Ada juga yang terjaga atau terbangun secara mengejut sekiranya ada deringan dari alatan-alatan teknologi ini sehinggalah susah untuk menyambung tidur kembali. Akhirnya kualiti tidur seseorang itu terganggu dan membawa kesan pada keesokan harinya.

Sebenarnya ini adalah salah satu stres yang akan menimpa dan ia dipanggil sebagai serangan technostress. Technostress adalah stress atau tekanan yang berpunca dari gara-gara penggunaan teknologi secara berlebihan dan tidak teratur. Technostress ini boleh membawa kepada permasalahan kesihatan terhadap sistem fisiologi tubuh kerana hasil dari kesan gelombang dan tindak balas kimia tubuh.

Reaksi kimia dan gelombang ini akan mempengaruhi kesegaran tubuh dan kewarasan fikiran apabila di pagi hari. Ketika di pagi hari dalam keadaan letih dan tidak bermaya, maka emosi menjadi mudah tersinggung, cepat terguris. mula merasi malas dan penat sehinggalah ada yang melakukan tindakan yang negatif.

Jadi, saranan kesihatan adalah cuba memberhentikan penggunaan alatan teknologi ini sejam atau setengah jam sebelum tidur. Alatan ini perlulah dimatikan dan dijauhkan dari tempat tidur. Jangan biarkan pemikiran anda beroperasi dengan melebihkan penggunaan teknologi ini sehingga lupa kapasiti atau kemampuan tubuh untuk beroperasi. Moga kita semua tidak diserang technostres pada hari esok.

........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)