MODUL




MODUL BELAJAR (STAR.T A STUDY)

Fokus modul ini ialah untuk menanam rasa minat dan meningkatkan lagi keadah belajar alaf ke 21 yang berkonsepkan ‘STAR.T’ terhadap sikap belajar, teknik belajar, analisa diri dan panduan amalan sihat seorang pelajar. Modul ini akan memandu peserta memanfaatkan sepenuhnya peluang dan potensi yang ada untuk mencapai keputusan cemerlang di dalam akademik serta kehidupan. 



MODUL KEPIMPINAN DAN ORGANISASI (START LEADERSHIP & TEAM BUILDING)

Fokus modul ini ialah untuk menerapkan nilai kepimpinan menerusi falsafah 6P melalui personaliti diri, kepimpinan tokoh-tokoh dahulu dan terkini, pemerkasaan organisasi dan gerak kerja yang berkesan. Modul ini akan memandu peserta menjadi pemimpin yang berwibawa.


MODUL KAUNSELING & PRS 

Fokus modul ini ialah untuk membimbing dan menerapkan budaya kaunseling di kalangan pelajar terutamanya pembimbing rakan sebaya bagi membantu diri malah dapat membantu orang lain. Di samping itu, penerapan konsep kaunseling ini juga dapat melahirkan individu yang mementingkan kehidupan bermasyarakat serta menjadikan individu yang sentiasa bersifat kesukarelawan.



MODUL REMAJA (REMAJA EXCELLENT)

Fokus modul ini ialah untuk membantu golongan remaja mengenali jati diri sebenar yang harus dicapai seterusnya menjadi remaja yang aktif dan mampu memberi sumbangan kepada diri sendiri dan masyarakat. Modul ini akan memandu peserta menerobos sempadan diri menerusi aspek agama dan nilai akhlak.



MODUL  IBADAH (BESTNYA SOLAT)


Fokus modul ini ialah untuk menanam rasa ‘SYOK’ terhadap ibadah (solat) yang berkonsepkan pendidikan rohani dan pengaplikasian seruan yang ditetapkan sebagai seorang muslim. Modul ini akan memandu peserta mengenal diri rasa bertuhan sekaligus berupaya mencipta kejayaan dunia dan akhirat.



MODUL KEIBUBAPAAN (STAR.T PARENTING)


Fokus modul ini ialah perkongsian tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak di alaf baru yang berteraskan generasi kini. Modul ini juga akan menekankan teknik dan juga cara mendidik anak-anak yang kini banyak berubah mengikut zaman dan ianya penting untuk diketahui.



MODUL PENGUCAPAN AWAM (BICARA MACAM PRO - BMP)


Fokus modul ini ialah perkongsian tentang bicara, komunikasi dan pengucapan awam yang berkesan. Dengan penekanan 3M membolehkan seseorang itu dapat menjadikan pengucapannya lebih berkeyakinan dan mampu menjadi seperti seorang professional dalam bicara komunikasi dan pengucapan awam.



MODUL USRAH (BENGKEL USRAH TERBAIK - BEST)


Fokus modul ini ialah perkongsian tentang cara pengendalian usrah dan silibus yang perlu diterapan dalam menjalanan sesi usrah bersama mada’u. Modul ini khas untuk nuqaba’ dan badan dawah sekolah atau universiti.



MODUL SERONOK BEKERJA DANPENGURUSAN STRES (STAR.T FUN WITH WORKS)

Fokus modul ini ialah perkongsian tentang keseronokan bekerja dan bijak mengurus stres di tempat kerja. Ramai pekerja mahukan ketenangan dan kegembiraan di tempat kerja, akan tetapi mereka tidak mampu mencipta suasana yang menyeronokkan. Modul ini akan di sampaikan dengan cara santai dan membuka ruang bagi peserta menunjukkan kreativiti dalam pencipta keseronokan.



MODUL KEUSAHAWANAN


Fokus modul ini ialah untuk melatih dan memberi pendedahan tentang bidang keusahawanan yang sudah menjadi keperluan kepada pekerjaan masa kini. Pendekatan konsep keusahawanan cara Rasulullah adalah pendekatan yang terbaik untuk dijadikan role model kerana baginda bukan hanya mementingkan keuntungan malah keberkatan di dalam perniagaan. 

No comments:

Post a Comment