Saturday 27 March 2021

MENCARI MADU ATAU GULA? SEMUANYA MANIS TETAPI KESANNYA BERBEZA

Isu ini kerana ia sudah menjadi perkara baru yang 'dihalalkan'. 5 perkara tentang SUGER BABY SUGER DADDY yang saya ingin kongsikan.

.
1. Melihat kepada berita dan isu semasa kini, aktiviti menjadi Suger Baby Suger Daddy (SBSD) ini masih aktif walaupun laman sesawang Sugerbook sudah ditutup. Pandangan peribadi saya, isu ini kemungkinan tiada kesudahan sekiranya masih ada lagi PERMINTAAN dan PENAWARAN di media sosial. Kini golongan muda mudah hanyut dengan wang ringgit, kemewahan, barangan jenama dan ingin kehidupan senang sedangkan mereka tertipu dengan 'permainan' si tua yang diakui berduit dan mempunyai kewangan kukuh.


2. Sebenarnya terdapat kesan psikologi dan emosi yang dihadapi oleh Suger Baby ini antaranya adalah kesan STOCKHOLM SYNDROME. Apa itu Stockholm Syndrome?. Untuk memudahkan kefahaman kita, ia adalah satu emosi dan perasaan sayang mangsa tebusan terhadap penculik mereka. Ini boleh di kaitkan dengan SBSD, perasaan sayang SB (mangsa) kepada SD (penculik) sangat kuat walaupun ia hanya terpaksa dan tidak diingininya.


3. Perlu di ingat kesan Stockholm Syndrome ini ia boleh berpanjangan walaupun sudah menjadi bekas Suger Baby kerana keikatan hubungan dengan Suger Daddy sangat kuat sehingga adakalanya mereka KEMBALI SEMULA bersama SD secara sukarela bukannya ugutan. SB juga tidak akan menyalahkan SD bahkan membelanya walaupun tahu dirinya kini adalah mangsa.


4. GOLONGAN MUDA terutamanya yang masih dalam fasa belajar, sama ada di sekolah, kolej dan universiti, saya mengharapkan berilah tumpuan pada pencarian ilmu. Tidak salah untuk mencari sumber pendapatam kerana kita kini dihimpit dengan pelbagai masalah berkaitan ekonomi. Jangan kita mengambil jalan pintas dengan cara SBSD kerana untuk berundur dari gejala ini agak sukar dan ia boleh menjadi bebanan satu hari nanti. Ingatlah kemewahan, kekayaan dan kebendaan ini adalah sementara, tetapi menjaga maruah itu membawa ke Syurga.


5. Sebagai natizen, saya mengharapkan PIHAK BERKUASA perlu mengambil tindakan tegas kepada GOLONGAN KAYANGAN yang melakukan aktiviti sebegini. Jangan ada 'memilih kasih' dan 'memejamkan mata' untuk menghukum golongan kayangan sebegini. Ini adalah masalah sosial yang boleh merosakkan golongan dan generasi muda. SBSD ini bukanlah palacuran badan tetapi ia adalah pelacuran maruah. Islam menitik beratkan soal maruah diri manusia.


KESIMPULAN

Baik mencari MADU dari mencari GULA. Tetapi perlu diingat MADU dan GULA semuanya manis. Silap cara mengambilnya, maka akan ada kesan yang boleh menjejaskan institusi keluarga dan masyarakat.



......................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

Saturday 13 March 2021

BERSEMUKA (OFFLINE) KAMI BUAT, ONLINE PUN KAMI AKAN BUAT. YANG PENTING KAMI AKAN BUAT YANG



Kami dari
Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)
menyediakan khidmat motivasi secara online dan offline. Klik sini:
Untuk jemput kami jayakan program online atau offline bersama sasaran dan pihak penganjur.


Antara modul online dan offline adalah;
1. Modu Motivasi Belajar dan Pengurusan Belajar
2. Modul Kepimpinan dan Organisasi
3. Modul Sahsiah dan Jati diri
4. Modul Motivasi Keibubapaan
5. Modul Pengurusan Stress
6. Modul Quranic Group (Usrah)
7. Modul Seronok Bekerja
8. Modul Motivasi Keusahawanan






Terima kasih yang SHARE dan LIKE kerana sentiasa #supportkami #TerimaKasihSupport
.

6 SEBAB TIDAK BERSETUJU DAN MENOLAK!!

ISU VAKSIN DI MALAYSIA


Maaf saya membangkitkan isu vaksin ini kerana bagi saya semua orang mempunyai pandangan dan penelitian tentang perkara ini. Kini vaksin pun sudah sampai di Malaysia menjadi perdebatan antara pro vaksin dan anti vaksin. Ini 6 sebab saya tidak bersetuju dan menolaknya.


1. Tidak setuju dan menolak sekiranya vaksin yang telah dibeli dengan nilai ratusan juta tidak digunakan dan hanya dijadikan bahan pameran sahaja. Maka perlu ambil manfaat pembelian vaksin itu kepada anggaran 32 juta rakyat Malaysia walaupun ada yang tidak setuju dengan pengambilan vaksin ini. Ini adalah jalan IKHTIAR bagi menghalang mudarat yang lebih besar bukan hanya beralasan dengan ‘ANDAIAN’ dan ‘SANGKAAN’ sahaja.


2. Tidak setuju dan menolak sekiranya pengambilan vaksin ini dengan cara MEMBABI BUTA tanpa ada ulasan ilmu dan PENERANGAN dari pihak berwajib supaya rakyat FAHAM. Isu berkaitan vaksin ini sebenarnya sudah lama dibahaskan serta dibincangkan kerana ia mempunyai kaitan dengan program imunisasi negara bagi bertujuan mencegah, mengurangkan jumlah jangkitan dan menyingkirkan penyakit yang boleh merebak. Walaubagaimana pun, pandangan menolak dan menerima isu vaksin ini perlu diraikan sekiranya terdapat hujah serta maklumat yang boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan. Berhujahlah dengan ilmu dan maklumat tepat bukan hanya menggunakan emosi dan sekadar andaian.


3. Tidak setuju dan menolak sekiranya isu vaksin ini dikaitkan dengan microchip, dajjal, agenda freemason, ada unsur haram, pembunuhan beramai-ramai dan banyak lagi. Maklumat perlu diletakkan atas dasar ilmu dan fakta. Perlu akui bahawa kita sebenarnya memiliki satu tahap 'kebimbangan' dan 'ketakutan' di dalam diri dan ianya adalah reaksi normal dalam sesetengah keadaan sehingga menjadi lebih berhati-hati. Walaubagaimanapun, kebimbangan yang terlampau (EXCESSIVE WORRYING) sehingga menolak segala manfaat dan kebaiakan itulah sebenarnya perlu dikawal kerana kemungkinan mengalami kecelaruan keresahan menyeluruh atau GENERALISED ANXIETY DISORDER.


4. Tidak setuju dan menolak sekiranya hanya meletakkan pengharapan kepada vaksin sedangkan ia hanya ikhtiar perubatan. Yang memberi kebaiakan kepada kita adalah Allah kerana segala apa yang berlaku ini dari Allah. Jadi perlu tahu, ikhtiar itu adalah satu usaha yang perlu ada tetapi meletakkan KEPERCAYAAN kepada makhluk bernama vaksin adalah SALAH. Apa yang penting, setelah mengambil vaksin, perbanyakkan juga DIRI INI dekat dengan Maha Pencipta supaya apa yang berlaku ini diangkat segera.


5. Tidak setuju dan menolak sekiranya vaksin ini diberi keutamaan kepada golongan VVIP sedangkan frontliner pula disisihkan. Jasa Frontliner sangat besar dan sepatutnya merekalah bakal menerima vaksin yang terbaik kerana berhadapan dengan risiko dan situasi. Campur tangan politik dan kepentingan peribadi dalam isu pengambilan vaksin ini sepatutnya tidak berlaku kerana kita tahu FRONLINER LEBIH BERHAK menerimanya. Saya rasa seperti ZALIM bagi mereka yang TIADA KEPENTINGAN terlebih dahulu disenaraikan. Ini bukan marah tetapi perlu ditegur supaya BERLAKU ADIL dan melihat kepada 'Awlawiyyat'.


6. Tidak setuju dan menolak sekiranya netizen tidak boleh bersuara berkaitan isu pengambilan vaksin ini. Kebanyakan netizen menerima baik akan vaksin ini tetapi mengharapkan pihak berwajib membuat PERSEDIAAN dan PERANCANGAN yang rapi serta tersusun. Jangan libatkan masalah POLITIK dalam isu vaksin ini kerana kita semua mahukan kebaikan untuk rakyat. Apa yang baik mungkin boleh ambil sebagai pengajaran dan panduan manakala apa yang salah pula perlu kepada teguran.


KESIMPULANNYA

Saya menyokong dan tidak menolak pengambilan vaksin ini. Saya bukan 'anti' tetapi saya ingin cuba mengambi kebaikan dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

.........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

TAK PELIK ABANG SAJAT MENYATAKAN NAK KELUAR AGAMA ISLAM DAN MASUK AGAMA LAIN.


5 PERKARA TENTANG ABANG SAJAT YANG INGIN SAYA KONGSIKAN.

1. Hakikatnya abang Sajat mengalami GENDER DYSPORIA atau istilahnya krisis identiti jantina yang keliru dengan fitrah ciptaan. Mungkin ini sudah menjadi pilihan abang Sajat kerana perkara ini sudah lama dibahaskan dan terlalu banyak isu yang telah dibuat olehnya. Oleh itu pandangan saya, dirinya sedar akan apa yang di lakukannya bahkan dia sendiri yang telah menzahirkan secara umum. Perkara ini juga di anggap sebagai kecelaruan personaliti atau 'PERSONALITY DISORDER'.


2. Apabila isu penangkapan abang Sajat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) maka bermulalah 'drama' tidak puas hati dan menyalahkan pihak tertentu disebabkan kekerasan yang telah dibuat terhadapnya. Kalau kita merujuk kisah viral Sajat sebelum ini kebanyakannya adalah berunsurkan 'ATTENTION SEEKER' sehingga kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya. Untuk pengetahuan, sikap suka mencari perhatian itu adalah normal tetapi sekiranya ia selalu di lakukan kemungkinan menjadi salah satu gangguan penyakit personaliti dipanggil HISTRIONIC PERSONALITY DISORDER.


3. Kini Abang Sajat telah menyatakan hasratnya untuk menukar agama dengan alasan pihak JAIS lah yang telah menyebabkan dirinya jauh dengan Islam bahkan Islam tidak memberi hak kebebasan kepada dirinya. Merujuk perkara ini, saya suka mengambil keadah 'REWARD AND PUNISHMENT' atau 'CARROT AND STICK'. Mengapa kerana adakalanya manusia perlu ditegur dengan cara hikmah, lembut dan baik tetapi adakalanya perlu ditegur dengan cara kasar, menekan dan pukulan supaya manusia sedar akan kesilapan.


4. Dengan merujuk apa yang telah abang Sajat nyatakan untuk keluar agama Islam sebenarnya ia adalah pendirian berbentuk kepercayaan bukan lagi unsur mencari perhatian. Maka bagi saya, perlu serahkan perkara ini kepada PIHAK YANG BERHAK menghakiminya kerana ini adalah isu AKIDAH dan UNDANG-UNDANG SYARIAH. Besar dan berat isu ini kerana ia adalah tentang kesucian Agama Islam. Saya mengharapkan abang Sajat tidak mempermainkan agama dan tidak jadikan ini sebagai gurauan untuk dapatkan perhatian serta belas kasihan.


5. Sebagai Netizen, kami hanya mampu menegur dan kami tidak mahu perkara ini dijadikan bahan ikutan untuk orang lain pula menjadikan agama sebagai permainan dan mendapatkan perhatian. Abang Sajat sudah pasti mempunyai 'follower' yang ramai dan saya harapkan jangan tiru apa yang abang Sajat buat ini. Elakkan kita menjatuhkan hukum dirinya sudah MURTAD. Kita DOAkan kebaikan supaya ini adalah titik perubahan abang Sajat menjadi LELAKI SEJATI.


KESIMPULAN

Pernah juga saya berkongsi catatan tentang 'PERSONALITY DISORDER' abang Sajat ini bagi isu yang lain, ada di Facebook,


........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)