Monday 4 April 2022

12 PERISTIWA PADA BULAN RAMADAN BERKAITAN DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Peristiwa Nabi bersendiri di Gua Hira.

Sepanjang Ramadan Nabi Muhammad SAW sentiasa menetap dan menyendiri di Gua Hira bagi mencari hakikat kebenaran dan bermuhasabah.


2. Peristiwa penurunan wahyu pertama.

Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada tanggal 17 Ramadan.


3. Peristiwa Nabi diajar solat 2 rakaat oleh Jibril

Semasa bulan Ramadan, Jibril mengajar Nabi dengan kewajipan solat 2 rakaat


4. Peristiwa Abu Talib dan Siti Khadijah meninggalkan Nabi.

Tahun dukacita Nabi apabila kehilangan insan yang penting dalam penerusan dan perjuangan Islam iaitu bapa saudaranya dan juga isteri tercinta. Ini terjadi pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan baginda.


5. Peristiwa peperangan Badar.

Menurut Ulama', perang Badar terjadi pada hari Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-2 Hijrah.


6. Peristiwa pembukaan Mekah.

Pembukaan Mekah atau Fathul Makkah terjadi pada tanggal 10 Ramadan.


7. Peristiwa hancurnya tempat penyembah berhala Uzza.

Kejayaan Khalid bin Walid menghancurkan tempat penyembah berhala Uzza pada tanggal 25 Ramadan tahun ke-8 Hijrah.


8. Peristiwa persiapan perang Uhud.

Perang Uhud tidak berlaku pada bulan Ramadan tetapi permulaan persiapan bagi pertempuran itu berlaku apda bulan Ramadan iaitu tahun ke-3 Hijrah.


9. Peristiwa menghadapi kaum Yahudi di Khandaq.

Ramadan tahun ke-5 Hijrah adalah bulan yang mana umat islam membuat persiapan bagi berhadapan dengan kaum Yahudi yang bersatu dengan kaum musyrik dari seluruh semenanjung arab.


10. Peristiwa penduduk Thaif memulakan hidup sebagai Muslim.

Pada Ramadan tahun ke-9 Hijrah, penduduk dari Thaif menemui Rasulullah S.A.W bagi memeluk Islam secara beramai-ramai.


11. Peristiwa pernikahan Nabi dengan Ummu Al-Masakin.

Nabi menikahi Zainab binti Khizaimah (Ummu Al-Masakin) pada Ramadan tahun-3 Hijrah. Gelaran Ummu Al-Masakin adalah gelaran kerana Zainab menyayangi orang miskin dan bantu dalam kelancaran perang.


12. Peristiwa kelahiran cucu Nabi iaitu Hassan.

Pada pertengahan Ramadan tahun ke-3 Hijrah maka lahiralah cucu pertama nabi yang mana anak kepada Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Az-Zahra.


KESIMPULAN

Firman Allah, surah Al Baqarah ayat 185,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." 


Inilah kehebatan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Sudah pasti peristiwa-peristiwa ini memberi makna kepada Nabi Muhammad S.A.W dan kita sebagai ummat Baginda. Oleh itu, rebutalh peluang Ramadan yang Allah berikan ini untuk terus kita perbanyakkan amal ibadah dan perbanyakkan melakukan perkara baik.


Dari saya,
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

Tuesday 11 January 2022

KELAS MENGAJI AL-QURAN ONLINE


Tidak perlu bergerak, hanya mengaji di rumah masing-masing sahaja. Jom belajar mengaji Al-Quran secara online.

KEBAIKAN MENGAJI AL-QURAN SECARA ONLINE
🔶 Kesalahan bacaan dapat dikesan apabila ada guru.
🔶 Kelancaran bacaan dapat dipertingkatkan apabila diperbetulkan.
🔶 Lebih disiplin dan istiqomah membaca Al-Quran.
🔶 Boleh rujuk guru mengajar secara langsung.
🔶 Rasa selesa apabila membacanya secara berseorangan dengan guru.

KELAS MENGAJI AL-QURAN ONLINE 2022
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
✅ Kelas ini untuk kanak-kanak dan dewasa.
✅ Belajar secara online 100% dari rumah.
✅ Lebih tumpuan dan lebih privasi.
✅ Cara pembelajaran yg mudah faham.
✅ Guna Google Meet / Direct Call / Zoom.
✅ Boleh tentukan masa dan hari mengikut kesesuaian.
✅ Boleh buat kelas ganti secara fleksibel.
✅ Boleh pilih tenaga pengajar (ustaz atau ustazah).
✅ Tenaga pengajar berpengalaman dan mesra.
✅ Laporan prestasi, resit bulanan di sediakan.
✅ Murah (12X Sesi/RM50/Sebulan/Kanak-Kanak) dan (8X Sesi/RM80/Sebulan/Dewasa).





🔖 DAFTAR SEGERA
Daripada Uthman RA anhu, Rasullullah SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." - Riwayat al-Bukhari (5027)

🔖 KEPENTINGAN MENGAJI AL-QURAN


Saturday 1 January 2022

“SAYA TIDAK MAHU DIJULANG BERLEBIH-LEBIHAN, CUKUPLAH MANGSA BANJIR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ITU SUDAH MEMADAI..” – ABANG VIVA

LEVEL IKHLAS YANG DIAJAR OLEH SEORANG MANUSIA BIASA TAPI SEMANGATNYA LUAR BIASA.

Ini adalah 10 TANDA besarnya jiwa dan baiknya akhlak Abang Viva (Azwan Omar).


1. HANYA KERETA KECIL

Beliau hanya menaiki Viva sahaja dalam misi menyelamat walaupun kebiasaan orang lebih memilih pacuan 4 roda (4x4) sebagai pilihan semasa misi bantuan sebegini. Bersyukur dengan apa yang ada. Kereta kecil tidak mematahkan semangatnya untuk membantu, menyumbang dan menolong.

2. BEZA NEGERI

Beliau juga sanggup angkut bot dan meletakkannya di atas bumbung kereta yang kecil dari Melaka merentas negeri demi selamatkan 'saudara' yang menghadapi masalah di Selangor. Walaupun berbeza negeri tetapi tetap memiliki jiwa besar dengan adanya sifat satu Malaysia.

3. BERSENDIRI

Beliau datang bersendiri dan tidak pula secara berkumpulan atau berorganisasi. Walaupun misi sebegini dianggap bahaya dan mempunyai cabaran besar sekiranya bersendiri, dia tetap bertawakkal dan berserah kepada Allah. Dia ada menyatakan, "Di mana-mana Allah boleh tarik nyawa, yang penting saya nak selamatkan nyawa orang".

4. MOHON CUTI TERLEBIH DAHULU

Beliau bekerja sebagai operator mesin dan sanggup memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir. Ini menunjukkan dirinya meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan operasi. Dirinya memiliki sifat jujur dan menjaga amanah sebagai pekerja.


5. TIDAK MENCERITAKAN DI MEDIA SOSIAL

Beliau tidak memulakan dengan memberi hebahan di media sosial dan tidak pula menceritakan akan misi bantuan ini di dalam media sosial. Tetapi orang lain yang sedar akan kehadirannya telah menceritakan segalanya sehingga dirinya menjadi 'viral' sebagai 'abang viva'. Inilah tanda keikhlasan dirinya dalam misi menyelamat dan membantu.

6. BEKALAN HANYA RM50

Beliau hanya berbekalkan duit sebanyak RM50 dengan membeli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air sebagai alas perut. Dengan hanya RM50 inilah, imam di masjid telah selitkan doa kepadanya semasa khutbah jumaat sehingga ramai meng'amin'kannya.

7. MENOLAK TAWARAN DAN SUMBANGAN

Beliau telah menjadi tular dan ramai pula ingin membantunya sehingga ada yang menawarkan kereta baru, menawarkan khidmat percuma bagi membaiki keretanya, menawarkan wang ringgit dan menawarkan kebendaan bagi memudahkan urusan peribadinya. Tetapi apa yang dipilihnya adalah menolak segala tawaran itu dengan cara baik.


8. KATA-KATANYA

Beliau berkata “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”.

9. INSPIRASI TAHUN 2021

Beliau kini telah selamat pulang ke Melaka, tetapi kisahnya ini tetap menjadi bualan dan masih tular sehingga penghujung tahun 2021. Dirinya bukanlah orang yang ada pengaruh dan dirinya juga bukanlah individu kayangan. Tetapi jiwa besarnya dan akhlak yang baik telah membuktikan dia adalah wira dan hero kepada rakyat Malaysia.

"NAK TOLONG ORANG TAK PERLU TUNGGU KITA KAYA" - Abg Viva (Azwan Omar)


10. TAULADAN RAKYAT MALAYSIA

Beliau telah menjadi tauladan yang baik kepada kita semua. Ambillah sebagai pengajaran dan bimbingan supaya diri kita juga dapat memiliki sifat terpuji sepertinya. Apa yang penting, letakkan semuanya KERANA ALLAH dan sentiasa berbuat baik KEPADA MANUSIA.

Firman Allah di dalam surah Al-A'raf ayat 29,

"Katakanlah, Tuhanku menyuruh untuk berlaku adil. Dan hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat, dan sembahlah Dia (Allah) dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebgaiamana kamu diciptakan semula."


KESIMPULAN
Sebenarnya ramai lagi insan di luar sana seperti Abang Viva yang ikhlas membantu, menolong dan terus menyumbang. Mereka inilah hero dan wira kita semua.

Doakan supaya mereka terus ikhlas menjalankan amanah dan tanggungjawab kemanusiaan ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dan memberi kebaikan juga kepada mangsa-mangsa banjir semua.


Dari saya,
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

Wednesday 22 December 2021

AL-QURAN TIDAK BASAH DAN ROSAK WALAUPUN RUMAH SUDAH DITENGGELAMI BANJIR


Dua kitab suci Al-Quran didakwa tidak basah walaupun seluruh rumah penduduk di situ ditenggelami banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor. Begitu juga dengan sehelai Rida’ yang menjadi kegunaan mereka.

Terdapat 2 PERKARA MENJADI PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA.

1. KEHEBATAN KEKUASAAN ALLAH TERHADAP AL-QURAN

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menerusi video siaran langsung di Facebooknya yang tular di media sosial berkata, peristiwa tersebut membuktikan ada keajaiban bukti kekuasaan ALLAH walaupun dilanda musibah.

Al-Quran tersebut terjaga dan kering seperti tidak disentuh air banjir walaupun semua barang terbalik, terpusing dan tenggelam. Paras air yang tinggi serta berselut juga tidak sesekali merosakkan Al-Quran itu.

Ini membukti bahawa Al-Quran adalah kitab mukjizat dan kalam Allah yang dijaga oleh-Nya supaya manusia menjadikannya sebagai panduan serta petunjuk di dalam kehidupan di dunia ini.

2. KEHEBATAN AMALAN ORANG MEMBACA AL-QURAN

Apa yang menarik juga di dalam kejadiaan ini, apabila ditanya kepada pemilik (Puan Raja Hasanah) Al-Quran yang tidak basah dan tenggelam ini, dia menceritakan bahawa Al-Quran itulah yang selalu disentuh dan dibacanya setiap hari.

Ayat terakhir yang sempat dibuka dari kitab Al-Quran itu dan dibacanya sebelum berlaku banjir adalah surah Al-Quraisy.

Ini menunjukkan kehebatan amalan seseoarang yang membaca Al-Quran juga telah memberi pengajaran besar buat kita semua supaya jangan sesekali meninggalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.

KESIMPULAN

Oleh itu, sentiasalah membaca Al-Quran dan dekatilah diri dengan Al-Quran. Sekiranya kita tidak mampu membacanya, belajarlah dan mengajilah Al-Quran secara berguru supaya insha-Allah akan ada keberkatannya.
Berdoalah semoga Al-Quran yang kita baca dan amal itu boleh menjadi cahaya serta penyelamat diri kita di akhirat kelak.
Firman Allah di dalam surah Al-Hijr : Ayat 9,

اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰفِظُوْنَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
.
"JOM MENGAJI DAN MEMBACA AL-QURAN".

GURU BERSARA DAPAT HADIAH KERETA DARI BEKAS PELAJAR

INILAH GURU 'SUPER'.

Menarik kisah seorang 'guru super' yang berkhidmat selama 35 tahun di Kolej Tunku Kursyiah. Guru super ini bernama Encik Ahmad bin Bidin telah mendapat hadiah sebuah kereta Perodua Aruz bernilai RM75,000 hasil sumbangan dan pemberian daripada kesemua bekas pelajar sekolah berkenaan dari tahun 1980 sehingga 2021.

Hasil daripada penelitian komen dan ulasan bekas pelajarnya serta rakan guru terhadap guru super ini, kemungkinan guru super ini telah melakukan 5 PERKARA SEBELUM MELAKUKAN KEBAIKAN BUAT PELAJARNYA DI SEKOLAH.

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri.

Guru ini sentiasa memulakan dengan niat yang baik dan sering menyatakan "Ya Allah, saya sedang berusaha menjadi baik dan berbuat baik kepada anak didik saya. Biarlah mereka juga menjadi baik".

2. Tidak menyatakan dirinya yang
terbaik.

Guru ini melakukan kebaikkan mengajar dan mendidik bukan kerana dirinya orang yang
terbaik
, tetapi itulah cara seorang guru berusaha menjadi orang yang baik dengan menghasilkan anak didiknya menjadi
terbaik

3. Hadirkan rasa bersalah.

Guru ini sentiasa rasa bersalah terhadap Allah walaupun dirinya melakukan benda baik dengan mendidik dan mengajar. Dirinya juga rasa bersalah sekiranya amanah yang diberikanya itu tidak dibuat dengan cara yang baik. Guru ini sentiasa memohon keampunan dan mengharapkan anak didiknya menjadi pelajar diberkati.

4. Hadirkan rasa bergantung kepada-Nya.

Guru ini telah bergantung harap dengan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hanya Allah sahaja yang mempu memberi kebaikan kepada dirinya serta anak didiknya. Tugasnya adalah menjalankan amanah memandaikan ummat dan memberi manfaat ilmu serta bimbingan akhlak baik kepada pelajarnya.

5. Hadirkan rasa berserah kepada-Nya

Guru ini sentasa berserahlah kepada Allah setiap apa kebaikan yang dirinya lakukan sehingglah Allah menjentik hati dan jiwa pelajarnya menghargai jasa baiknya. Yakinlah hanya Allah yang membalas segala kebaikan sekiranya kita melakukan kebaikan dengan penuh iklhas dan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan

Guru ibarat ibu bapa di sekolah. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang.

Bukan senang nak menjadi seorang tenaga pengajar. Mereka perlu memastikan anak murid memahami ilmu yang disampaikan supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

Nak jadi tenaga pengajar juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana ada pelbagai ragam murid di sekolah.

Sebagai guru, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Sebagai pelajar, hargailah jasa guru yang telah memberi banyak kebaikan kepada kita semua.

Saturday 18 December 2021

FAKTOR MENJADI PEMBULI

Ada 7 FAKTOR UTAMA mengapa seseorang itu menjadi PEMBULI.


1. Ancaman

Pembuli sering memilih individu yang mereka anggap sebagai ancaman dan pencabar. Mereka sedar yang mereka berasa terancam dengan mangsa sehingga mereka melakukan sesuatu tindakan yang tidak sewajarnya dengan membuli.

2. Tunjuk Kuasa

Menjatuhkan orang lain adalah cara terbaik untuk menampakkan mereka berkuasa dan mempunyai kekuatan. Pembuli secara sengaja ingin menanam ketakutan kepada mangsa sehinggalah mangsa terpaksa tunduk dan menerima apa sahaja tindakan yang tidak sewajarnya dibuat oleh mereka yang membuli.

3. Balas Dendam

Pembuli percaya dengan membalas dendam dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku di antara mangsa. Adakalanya juga pembuli bertindak ke atas orang lain yang tidak bersalah kerana mungkin mempunyai pertalian dengan mangsa sehingga mendorong kepada perasaan membalas dendam yang tidak dapat dikawal.

4. Pengecut

Sifat pengecut juga membuatkan seseorang itu menjadi pembuli terutamanya buli secara maya atau atas talian. Pembuli sebegini selalunya menyembunyikan identiti kerana sedar mereka dihantui dengan rasa takut dan berhati-hati. Walaubagaimana pun, pembuli seronok dengan tindakan menyerang dan menjatuhkan mangsa kerana itu adalah kepuasan yang dirasainya.

5. Berseronok

Pembuli juga didorang dengan keinginan untuk berseronok. Dengan melihat mangsa itu dibuli mereka beranggapan itu adalah hiburan yang boleh menjadikan bahan ketawa dan gurauan. Pembuli sebegini selalunya sedar akan tindakan kerana mereka hanya bermatlamat untuk bersuka ria, tetapi tindakan mereka itu membahayakan orang lain sehingga mereka tidak pedulikan kesan dan akibat. Berseronok juga mempunyai kaitan dengan pengaruh filem, drama dan juga media sosial.

6. Trauma Dahulu

Pembuli juga mengalami kesan trauma (pernah dibuli) yang tidak dapat diselesaikan pada masa lalu sehinggalah menjadikan diri sendiri pula sebagai pembuli. Trauma yang dihadapi itu dijadikan sebagai penyebab untuk berkelakuan tidak sewajarnya sehingga menjadikan orang lain pula sebagai mangsa sepertimana apa yang pernah berlaku ke atas dirinya dahulu.

7. Kecelaruan Personaliti

Pembuli juga mengalami gangguan personaliti iaitu kecelaruan antisosial. Kecelaruan antisosial ini merupakan perlakuan yang mana seseorang itu tidak akan menghiraukan perasaan dan keselamatan orang lain sehinggalah menghasilkan imej diri yang pemarah, pengkritik dan pembuli. Di samping itu juga ia tidak ada rasa penyesalan kerana baginya perbuatan itu adalah betul sedangkan ia salah. Kelakuan impulsif juga tinggi seperti bersifat cepat bertindak secara tiba-tiba menurut gerak hati dan luar kawalan.

Kesimpulan