Ada 7 FAKTOR UTAMA mengapa seseorang itu menjadi PEMBULI.
1. Ancaman
Pembuli sering memilih individu yang mereka anggap sebagai ancaman dan pencabar. Mereka sedar yang mereka berasa terancam dengan mangsa sehingga mereka melakukan sesuatu tindakan yang tidak sewajarnya dengan membuli.
2. Tunjuk Kuasa
Menjatuhkan orang lain adalah cara terbaik untuk menampakkan mereka berkuasa dan mempunyai kekuatan. Pembuli secara sengaja ingin menanam ketakutan kepada mangsa sehinggalah mangsa terpaksa tunduk dan menerima apa sahaja tindakan yang tidak sewajarnya dibuat oleh mereka yang membuli.
3. Balas Dendam
Pembuli percaya dengan membalas dendam dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku di antara mangsa. Adakalanya juga pembuli bertindak ke atas orang lain yang tidak bersalah kerana mungkin mempunyai pertalian dengan mangsa sehingga mendorong kepada perasaan membalas dendam yang tidak dapat dikawal.
4. Pengecut
Sifat pengecut juga membuatkan seseorang itu menjadi pembuli terutamanya buli secara maya atau atas talian. Pembuli sebegini selalunya menyembunyikan identiti kerana sedar mereka dihantui dengan rasa takut dan berhati-hati. Walaubagaimana pun, pembuli seronok dengan tindakan menyerang dan menjatuhkan mangsa kerana itu adalah kepuasan yang dirasainya.
5. Berseronok
Pembuli juga didorang dengan keinginan untuk berseronok. Dengan melihat mangsa itu dibuli mereka beranggapan itu adalah hiburan yang boleh menjadikan bahan ketawa dan gurauan. Pembuli sebegini selalunya sedar akan tindakan kerana mereka hanya bermatlamat untuk bersuka ria, tetapi tindakan mereka itu membahayakan orang lain sehingga mereka tidak pedulikan kesan dan akibat. Berseronok juga mempunyai kaitan dengan pengaruh filem, drama dan juga media sosial.
6. Trauma Dahulu
Pembuli juga mengalami kesan trauma (pernah dibuli) yang tidak dapat diselesaikan pada masa lalu sehinggalah menjadikan diri sendiri pula sebagai pembuli. Trauma yang dihadapi itu dijadikan sebagai penyebab untuk berkelakuan tidak sewajarnya sehingga menjadikan orang lain pula sebagai mangsa sepertimana apa yang pernah berlaku ke atas dirinya dahulu.
7. Kecelaruan Personaliti
Pembuli juga mengalami gangguan personaliti iaitu kecelaruan antisosial. Kecelaruan antisosial ini merupakan perlakuan yang mana seseorang itu tidak akan menghiraukan perasaan dan keselamatan orang lain sehinggalah menghasilkan imej diri yang pemarah, pengkritik dan pembuli. Di samping itu juga ia tidak ada rasa penyesalan kerana baginya perbuatan itu adalah betul sedangkan ia salah. Kelakuan impulsif juga tinggi seperti bersifat cepat bertindak secara tiba-tiba menurut gerak hati dan luar kawalan.
Kesimpulan
Buli ada dimana-mana dan ia berlaku sepanjang masa. Sekarang tindakan kita adalah perlu #hentikanbudayabuli #stopbullies #stopbully #hentikanbuli #elakbuli #stopbullyingstandupspeakout #bulibukanbudaya #jauhibuli #BuliSiber #fikirdahulusebelumbuli #buliadalahjenayah
No comments:
Post a Comment