Wednesday, 22 December 2021

GURU BERSARA DAPAT HADIAH KERETA DARI BEKAS PELAJAR

INILAH GURU 'SUPER'.

Menarik kisah seorang 'guru super' yang berkhidmat selama 35 tahun di Kolej Tunku Kursyiah. Guru super ini bernama Encik Ahmad bin Bidin telah mendapat hadiah sebuah kereta Perodua Aruz bernilai RM75,000 hasil sumbangan dan pemberian daripada kesemua bekas pelajar sekolah berkenaan dari tahun 1980 sehingga 2021.

Hasil daripada penelitian komen dan ulasan bekas pelajarnya serta rakan guru terhadap guru super ini, kemungkinan guru super ini telah melakukan 5 PERKARA SEBELUM MELAKUKAN KEBAIKAN BUAT PELAJARNYA DI SEKOLAH.

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri.

Guru ini sentiasa memulakan dengan niat yang baik dan sering menyatakan "Ya Allah, saya sedang berusaha menjadi baik dan berbuat baik kepada anak didik saya. Biarlah mereka juga menjadi baik".

2. Tidak menyatakan dirinya yang
terbaik.

Guru ini melakukan kebaikkan mengajar dan mendidik bukan kerana dirinya orang yang
terbaik
, tetapi itulah cara seorang guru berusaha menjadi orang yang baik dengan menghasilkan anak didiknya menjadi
terbaik

3. Hadirkan rasa bersalah.

Guru ini sentiasa rasa bersalah terhadap Allah walaupun dirinya melakukan benda baik dengan mendidik dan mengajar. Dirinya juga rasa bersalah sekiranya amanah yang diberikanya itu tidak dibuat dengan cara yang baik. Guru ini sentiasa memohon keampunan dan mengharapkan anak didiknya menjadi pelajar diberkati.

4. Hadirkan rasa bergantung kepada-Nya.

Guru ini telah bergantung harap dengan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hanya Allah sahaja yang mempu memberi kebaikan kepada dirinya serta anak didiknya. Tugasnya adalah menjalankan amanah memandaikan ummat dan memberi manfaat ilmu serta bimbingan akhlak baik kepada pelajarnya.

5. Hadirkan rasa berserah kepada-Nya

Guru ini sentasa berserahlah kepada Allah setiap apa kebaikan yang dirinya lakukan sehingglah Allah menjentik hati dan jiwa pelajarnya menghargai jasa baiknya. Yakinlah hanya Allah yang membalas segala kebaikan sekiranya kita melakukan kebaikan dengan penuh iklhas dan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan

Guru ibarat ibu bapa di sekolah. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang.

Bukan senang nak menjadi seorang tenaga pengajar. Mereka perlu memastikan anak murid memahami ilmu yang disampaikan supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

Nak jadi tenaga pengajar juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana ada pelbagai ragam murid di sekolah.

Sebagai guru, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Sebagai pelajar, hargailah jasa guru yang telah memberi banyak kebaikan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment