Wednesday, 22 December 2021

AL-QURAN TIDAK BASAH DAN ROSAK WALAUPUN RUMAH SUDAH DITENGGELAMI BANJIR


Dua kitab suci Al-Quran didakwa tidak basah walaupun seluruh rumah penduduk di situ ditenggelami banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor. Begitu juga dengan sehelai Rida’ yang menjadi kegunaan mereka.

Terdapat 2 PERKARA MENJADI PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA.

1. KEHEBATAN KEKUASAAN ALLAH TERHADAP AL-QURAN

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menerusi video siaran langsung di Facebooknya yang tular di media sosial berkata, peristiwa tersebut membuktikan ada keajaiban bukti kekuasaan ALLAH walaupun dilanda musibah.

Al-Quran tersebut terjaga dan kering seperti tidak disentuh air banjir walaupun semua barang terbalik, terpusing dan tenggelam. Paras air yang tinggi serta berselut juga tidak sesekali merosakkan Al-Quran itu.

Ini membukti bahawa Al-Quran adalah kitab mukjizat dan kalam Allah yang dijaga oleh-Nya supaya manusia menjadikannya sebagai panduan serta petunjuk di dalam kehidupan di dunia ini.

2. KEHEBATAN AMALAN ORANG MEMBACA AL-QURAN

Apa yang menarik juga di dalam kejadiaan ini, apabila ditanya kepada pemilik (Puan Raja Hasanah) Al-Quran yang tidak basah dan tenggelam ini, dia menceritakan bahawa Al-Quran itulah yang selalu disentuh dan dibacanya setiap hari.

Ayat terakhir yang sempat dibuka dari kitab Al-Quran itu dan dibacanya sebelum berlaku banjir adalah surah Al-Quraisy.

Ini menunjukkan kehebatan amalan seseoarang yang membaca Al-Quran juga telah memberi pengajaran besar buat kita semua supaya jangan sesekali meninggalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.

KESIMPULAN

Oleh itu, sentiasalah membaca Al-Quran dan dekatilah diri dengan Al-Quran. Sekiranya kita tidak mampu membacanya, belajarlah dan mengajilah Al-Quran secara berguru supaya insha-Allah akan ada keberkatannya.
Berdoalah semoga Al-Quran yang kita baca dan amal itu boleh menjadi cahaya serta penyelamat diri kita di akhirat kelak.
Firman Allah di dalam surah Al-Hijr : Ayat 9,

اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰفِظُوْنَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
.
"JOM MENGAJI DAN MEMBACA AL-QURAN".

No comments:

Post a Comment