Saturday, 13 March 2021

6 SEBAB TIDAK BERSETUJU DAN MENOLAK!!

ISU VAKSIN DI MALAYSIA


Maaf saya membangkitkan isu vaksin ini kerana bagi saya semua orang mempunyai pandangan dan penelitian tentang perkara ini. Kini vaksin pun sudah sampai di Malaysia menjadi perdebatan antara pro vaksin dan anti vaksin. Ini 6 sebab saya tidak bersetuju dan menolaknya.


1. Tidak setuju dan menolak sekiranya vaksin yang telah dibeli dengan nilai ratusan juta tidak digunakan dan hanya dijadikan bahan pameran sahaja. Maka perlu ambil manfaat pembelian vaksin itu kepada anggaran 32 juta rakyat Malaysia walaupun ada yang tidak setuju dengan pengambilan vaksin ini. Ini adalah jalan IKHTIAR bagi menghalang mudarat yang lebih besar bukan hanya beralasan dengan ‘ANDAIAN’ dan ‘SANGKAAN’ sahaja.


2. Tidak setuju dan menolak sekiranya pengambilan vaksin ini dengan cara MEMBABI BUTA tanpa ada ulasan ilmu dan PENERANGAN dari pihak berwajib supaya rakyat FAHAM. Isu berkaitan vaksin ini sebenarnya sudah lama dibahaskan serta dibincangkan kerana ia mempunyai kaitan dengan program imunisasi negara bagi bertujuan mencegah, mengurangkan jumlah jangkitan dan menyingkirkan penyakit yang boleh merebak. Walaubagaimana pun, pandangan menolak dan menerima isu vaksin ini perlu diraikan sekiranya terdapat hujah serta maklumat yang boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan. Berhujahlah dengan ilmu dan maklumat tepat bukan hanya menggunakan emosi dan sekadar andaian.


3. Tidak setuju dan menolak sekiranya isu vaksin ini dikaitkan dengan microchip, dajjal, agenda freemason, ada unsur haram, pembunuhan beramai-ramai dan banyak lagi. Maklumat perlu diletakkan atas dasar ilmu dan fakta. Perlu akui bahawa kita sebenarnya memiliki satu tahap 'kebimbangan' dan 'ketakutan' di dalam diri dan ianya adalah reaksi normal dalam sesetengah keadaan sehingga menjadi lebih berhati-hati. Walaubagaimanapun, kebimbangan yang terlampau (EXCESSIVE WORRYING) sehingga menolak segala manfaat dan kebaiakan itulah sebenarnya perlu dikawal kerana kemungkinan mengalami kecelaruan keresahan menyeluruh atau GENERALISED ANXIETY DISORDER.


4. Tidak setuju dan menolak sekiranya hanya meletakkan pengharapan kepada vaksin sedangkan ia hanya ikhtiar perubatan. Yang memberi kebaiakan kepada kita adalah Allah kerana segala apa yang berlaku ini dari Allah. Jadi perlu tahu, ikhtiar itu adalah satu usaha yang perlu ada tetapi meletakkan KEPERCAYAAN kepada makhluk bernama vaksin adalah SALAH. Apa yang penting, setelah mengambil vaksin, perbanyakkan juga DIRI INI dekat dengan Maha Pencipta supaya apa yang berlaku ini diangkat segera.


5. Tidak setuju dan menolak sekiranya vaksin ini diberi keutamaan kepada golongan VVIP sedangkan frontliner pula disisihkan. Jasa Frontliner sangat besar dan sepatutnya merekalah bakal menerima vaksin yang terbaik kerana berhadapan dengan risiko dan situasi. Campur tangan politik dan kepentingan peribadi dalam isu pengambilan vaksin ini sepatutnya tidak berlaku kerana kita tahu FRONLINER LEBIH BERHAK menerimanya. Saya rasa seperti ZALIM bagi mereka yang TIADA KEPENTINGAN terlebih dahulu disenaraikan. Ini bukan marah tetapi perlu ditegur supaya BERLAKU ADIL dan melihat kepada 'Awlawiyyat'.


6. Tidak setuju dan menolak sekiranya netizen tidak boleh bersuara berkaitan isu pengambilan vaksin ini. Kebanyakan netizen menerima baik akan vaksin ini tetapi mengharapkan pihak berwajib membuat PERSEDIAAN dan PERANCANGAN yang rapi serta tersusun. Jangan libatkan masalah POLITIK dalam isu vaksin ini kerana kita semua mahukan kebaikan untuk rakyat. Apa yang baik mungkin boleh ambil sebagai pengajaran dan panduan manakala apa yang salah pula perlu kepada teguran.


KESIMPULANNYA

Saya menyokong dan tidak menolak pengambilan vaksin ini. Saya bukan 'anti' tetapi saya ingin cuba mengambi kebaikan dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

.........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

No comments:

Post a Comment