Saturday, 27 March 2021

MENCARI MADU ATAU GULA? SEMUANYA MANIS TETAPI KESANNYA BERBEZA

Isu ini kerana ia sudah menjadi perkara baru yang 'dihalalkan'. 5 perkara tentang SUGER BABY SUGER DADDY yang saya ingin kongsikan.

.
1. Melihat kepada berita dan isu semasa kini, aktiviti menjadi Suger Baby Suger Daddy (SBSD) ini masih aktif walaupun laman sesawang Sugerbook sudah ditutup. Pandangan peribadi saya, isu ini kemungkinan tiada kesudahan sekiranya masih ada lagi PERMINTAAN dan PENAWARAN di media sosial. Kini golongan muda mudah hanyut dengan wang ringgit, kemewahan, barangan jenama dan ingin kehidupan senang sedangkan mereka tertipu dengan 'permainan' si tua yang diakui berduit dan mempunyai kewangan kukuh.


2. Sebenarnya terdapat kesan psikologi dan emosi yang dihadapi oleh Suger Baby ini antaranya adalah kesan STOCKHOLM SYNDROME. Apa itu Stockholm Syndrome?. Untuk memudahkan kefahaman kita, ia adalah satu emosi dan perasaan sayang mangsa tebusan terhadap penculik mereka. Ini boleh di kaitkan dengan SBSD, perasaan sayang SB (mangsa) kepada SD (penculik) sangat kuat walaupun ia hanya terpaksa dan tidak diingininya.


3. Perlu di ingat kesan Stockholm Syndrome ini ia boleh berpanjangan walaupun sudah menjadi bekas Suger Baby kerana keikatan hubungan dengan Suger Daddy sangat kuat sehingga adakalanya mereka KEMBALI SEMULA bersama SD secara sukarela bukannya ugutan. SB juga tidak akan menyalahkan SD bahkan membelanya walaupun tahu dirinya kini adalah mangsa.


4. GOLONGAN MUDA terutamanya yang masih dalam fasa belajar, sama ada di sekolah, kolej dan universiti, saya mengharapkan berilah tumpuan pada pencarian ilmu. Tidak salah untuk mencari sumber pendapatam kerana kita kini dihimpit dengan pelbagai masalah berkaitan ekonomi. Jangan kita mengambil jalan pintas dengan cara SBSD kerana untuk berundur dari gejala ini agak sukar dan ia boleh menjadi bebanan satu hari nanti. Ingatlah kemewahan, kekayaan dan kebendaan ini adalah sementara, tetapi menjaga maruah itu membawa ke Syurga.


5. Sebagai natizen, saya mengharapkan PIHAK BERKUASA perlu mengambil tindakan tegas kepada GOLONGAN KAYANGAN yang melakukan aktiviti sebegini. Jangan ada 'memilih kasih' dan 'memejamkan mata' untuk menghukum golongan kayangan sebegini. Ini adalah masalah sosial yang boleh merosakkan golongan dan generasi muda. SBSD ini bukanlah palacuran badan tetapi ia adalah pelacuran maruah. Islam menitik beratkan soal maruah diri manusia.


KESIMPULAN

Baik mencari MADU dari mencari GULA. Tetapi perlu diingat MADU dan GULA semuanya manis. Silap cara mengambilnya, maka akan ada kesan yang boleh menjejaskan institusi keluarga dan masyarakat.



......................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

No comments:

Post a Comment