Sunday, 17 March 2013

PENYATAAN DIRI SENDIRI (AFFIRMATION)


Penyataan diri ialah suatu kenyataan atau saranan yang di cipta oleh diri sendiri dan ia berkaitan dengan apa yang di inginkan . Dengan memberi saranan melalui penyataan diri (Affirmation) berulangkali, seseorang itu pasti dapat mengubah program minda separa sedar serta mampu mencipta kehidupan yang lebih baik.

Penyataan diri ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja dan ia tidak memerlukan pada tahap konsentrasi untuk mencapai apa yang diinginkan. Ini kerana minda separa sedar adalah mesin yang tidak pernah tidur. Apa yang perlu di lakukan adalah sentiasa menggunakan saranan yang positif bagi menggantikan penyataan negatif.Setiap individu boleh mencipta saranan atau pernyataan positif tentang diri sendiri bergantung kepada kreativiti. Kenali setiap masalah yang terdapat pada diri sendiri. Gantikan sesuatu  yang dirasakan negatif di dalam diri  itu kepada kepercayaan yang positif. Sebagaimana contoh ;

“Saya lemah” kepada “Saya gagah”
“Saya akan gagal” kepada “Saya akan berjaya”
“Badan saya terlalu gemuk” kepada “Badan saya masih baik dan cantik”
“Bodohnya saya” kepada “Cerdik betul saya”
“Hidup saya malang” kepada "Hidup saya sangat bertuah”
“Banyak betul masalah saya” kepada “Masalah adalah kecil bagi saya dan mampu menyelesaikannya”

Tanpa kita sedara, pemikiran, kepercayaan dan emosi kita dapat mencipta realiti. Ini bermakna, manusia dapat mencipta sebarang kemungkinan secara infiniti sekirannya Allah meredhai. Apabila seseorang itu hendak menukar sebahagian daripada corak kehidupannya, maka perlulah mengecam pemikiran, kepercayaan dan emosi dahulu. Tukarkan ia kepada pemikiran, kepercayaan dan emosi yang diinginkan ke arah yang lebih sihat.

Note :  Bagi ibu bapa yang mendidik anak mereka ke arah lebih baik, pastikan Affirmation (penyataan yang  elok dan baik) sering kali keluar dari mulut anda supaya anak-anak bertambah positif. Ibu bapa juga digalakkan melakukan Affirmation ini ketika mana anak mereka sedang tidur. Affirmation ibu bapa adalah diibaratkan seperti doa yang sentiasa dimakbulkan.

Thursday, 14 March 2013

IMAGINASI POSITIF


Apabila kita mengingati sesuatu, maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan cara berimeginasi atau mengambarkan sebanarnya  dapat dizahirkan ke alam yang nyata. Sepertimana kata-kata seorang ilmuan dari bangsa Romawi iaitu Marcus Aurelius Antonius menyatakan;

“Kehidupan manusia ialah seperti apa yang difikirkannya”

Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah terakam dalam fikiran separa sedar manusia. Kekuatan gelombang pada fikiran separa sedar ini akan mempengaruhi tubuh untuk bertindak balas dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan dalam bentuk kreatif. Apabila gambaran negatif digambarkan, hasilnya juga pasti negatif. Sebaliknya, apabila gambaran positif yang digambarkan, hasilnya juga pasti positif. Sebagaimana contoh, seseorang yang takutkan anjing dan pada suatu ketika ia terserempak dengan seekor anjing. Anjing itu hanya memerhatikannya, akan tetapi individu tersebuat terus larikan diri kerana di dalam pemikirannya mengambarkan wajah seekor anjing garang yang akan mengejarnya.

Oleh sebab itulah tidak salah untuk mengambarkan impian kerana Allah S.W.T telah menganugerahkan potensi kepada manusia dan menjadikan manusia ini dengan sebaik-baik makhluk. Di dalam Al-Quran anda menyatakan, firman Allah;

“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
(Surah At-Tin : 5)

Penggunaan imaginasi minda ini juga perlu kepada kepercayaan yang mendalam. Menurut Dr Wyne Dyer, penulis buku Real Magic ada berkata;

“Tidak ramai daripada kita dilatih bagi memanfaatkan kuasa minda. Kita disogok dengan logik,, rasional dan percaya sesuatu apabila anda melihatnnya (Lihat dulu baru percaya dan bukannya percaya dahulu baru lihat). Kuasa imaginasi ialah keajaiban yang berada pada luar logikal. Malahan secara sedara tau tidak sedar, ramai yang memanfaatkan kuasa ini kerinan adalah hokum alam. Secara sedar ataupun tidak sadar, mereka pasti menggunakan kuasa itu sama ada dalam perkara yang positif mahupun negati”

Minda yang dianugerahkan Allah inilah yang akan mengarahkan badan  dan bukanlah badan yang mengarahkan minda. Oleh itu, manusia perlu mengelakkan dirinya membina imaginasi yang negatif dan sebalikknya membina imaginasi yang positif sahaja. Di samping itu juga matlamat kepada imaginasi perlulah jelas dan tidak berkonsepkan angan-angan kerana ia akan melahirkan semangat bagi mencapainya. Minda separa sedarlah akan bertugas bagi memastikan matlamat berjaya.