Sunday, 17 March 2013

PENYATAAN DIRI SENDIRI (AFFIRMATION)


Penyataan diri ialah suatu kenyataan atau saranan yang di cipta oleh diri sendiri dan ia berkaitan dengan apa yang di inginkan . Dengan memberi saranan melalui penyataan diri (Affirmation) berulangkali, seseorang itu pasti dapat mengubah program minda separa sedar serta mampu mencipta kehidupan yang lebih baik.

Penyataan diri ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja dan ia tidak memerlukan pada tahap konsentrasi untuk mencapai apa yang diinginkan. Ini kerana minda separa sedar adalah mesin yang tidak pernah tidur. Apa yang perlu di lakukan adalah sentiasa menggunakan saranan yang positif bagi menggantikan penyataan negatif.Setiap individu boleh mencipta saranan atau pernyataan positif tentang diri sendiri bergantung kepada kreativiti. Kenali setiap masalah yang terdapat pada diri sendiri. Gantikan sesuatu  yang dirasakan negatif di dalam diri  itu kepada kepercayaan yang positif. Sebagaimana contoh ;

“Saya lemah” kepada “Saya gagah”
“Saya akan gagal” kepada “Saya akan berjaya”
“Badan saya terlalu gemuk” kepada “Badan saya masih baik dan cantik”
“Bodohnya saya” kepada “Cerdik betul saya”
“Hidup saya malang” kepada "Hidup saya sangat bertuah”
“Banyak betul masalah saya” kepada “Masalah adalah kecil bagi saya dan mampu menyelesaikannya”

Tanpa kita sedara, pemikiran, kepercayaan dan emosi kita dapat mencipta realiti. Ini bermakna, manusia dapat mencipta sebarang kemungkinan secara infiniti sekirannya Allah meredhai. Apabila seseorang itu hendak menukar sebahagian daripada corak kehidupannya, maka perlulah mengecam pemikiran, kepercayaan dan emosi dahulu. Tukarkan ia kepada pemikiran, kepercayaan dan emosi yang diinginkan ke arah yang lebih sihat.

Note :  Bagi ibu bapa yang mendidik anak mereka ke arah lebih baik, pastikan Affirmation (penyataan yang  elok dan baik) sering kali keluar dari mulut anda supaya anak-anak bertambah positif. Ibu bapa juga digalakkan melakukan Affirmation ini ketika mana anak mereka sedang tidur. Affirmation ibu bapa adalah diibaratkan seperti doa yang sentiasa dimakbulkan.

No comments:

Post a Comment