Wednesday, 8 January 2014

FIKIRKAN DIRI KITA, BUKA BERFIKIR APA ORANG LAIN KATA (ANDRE AGASSI)


Di dalam dunia olahraga, seorang pemain tenis terkenal iaitu Andre Agassi telah banyak kali ditumbangkan oleh pemain baru yang masih belum memiliki banyak pengalaman. Ramai yang menyatakan dan menasihatinya supaya  Andre Agassi menggantungkan raket (berundur diri) dari bidang sukan ini kerana faktor usianya yang sudah lebih dari tiga puluh tahun. Menurut mereka lagi, Andre Agassi tidak akan mampu mengalahkan pendatang baru yang masih muda, bersemangat dan memiliki stamina yang amat tinggi.


Andre Agassi merasakan berat hati menerima nasihat dan kritikan ini walaupun secara logiknya ia benar. Apa yang selalu di fikirkan adalah masalah yang dihadapinya serta nasihat-nasihat orang sekelilingnya yang tidak mendorong dan membantu. Setiap kali perlawanan, Andre Agassi seringkali membuat kesilapan sehinggalah banyak kali menerima kalah di dalam pertandingan. Dia terpaksa menyendiri agar dapat menenangkan fikiran yang sudah kusut dan merangcang masa hadapannya.


Akhirnya Andre Agassi cuba merujuk seorang pakar psikologi dan ahli pembangunan diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dirimya. Apa yang dinyatakan oleh pakar itu adalah; 

"Agassi, kamu masih kuat dan bertenaga. Kekalahan dan kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan faktor usia anda akan tetapi faktor fikiran positif serta keyakinan diri anda sudah hilang. Mungkin anda banyak memikirkan pandagan orang dari pandagan diri sendiri. Anda banyak memikirkan kedudukan anda telahpun jatuh dari anda memikirkan potensi anda sebenarnya masih lagi bertenaga. Setiap kali permainan anda sudahpun memikirkan tidak akan menang, maka hasilnya adalah seperti apa yang anda fikirkan".


Setelah mendengar kata-kata itu, ternyata apa yang difikirkan Andre Agassi banyak bersifat negatif berbanding positif. Andre Agassi mula berlatih selama berja-jam dan tidak menghiraukan apa yang orang lain kata.  Keyakinannya bertambah optimis dan hasilnya Andre Agassi kembali beremangat untuk menyertai dan mengharunggi pelbagai pertandingan. Jelas sekali, Andre Agassi kembali mencipta nama dan telah meraih kedudukan sepuluh teratas dunia walaupun dirinya sudah berusia. Banyak orang tabik kepadanya dan membincangkan tentang Andre Agassi sehinggalah dijadikan contoh buat semua pemain tanis.

No comments:

Post a Comment