Sunday, 15 July 2018

Gambar program latihan dan motivasi ITC (Mei 2018)

Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 0134058718.


STAR.T RAMADHAN | Alhamdulillah semperna majlis hari guru SMK Tanjong Mas, Kelantan, kami di jemput untuk berkongsi tentang kelebihan Ramadhan.


STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 6 dari SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu Kelantan di dalam program Jalinan Mesra Tingkatan 6. Terima kasih diucapkan buat penganjur iaitu pusat tingkatan 6 dan unit kaunseling sekolah. Terbaik juga buat semua pelajar tingkatan 6 yang mahukan kejayaan semuanya.


STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 6 dari SMK Raja Sakti, Kota Bharu Kelantan. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan terima kasih juga buat pelajar-pelajar yang cukup awesome. Anda semua memang terbaik.




STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama kepimpinan sekolah dari Sekolah Menengah Sains Pasir Putih Kelantan. Antara yang terlibat dalam program ini adalah pengawas sekolah, BADRI (Badan Dakwah), PRS, PSS, badan ketua kamar dan ketua tingkatan. Ucapan terima kasih buat penganjur, guru yang hadir dan terima kasih juga buat pelajar-pelajar srikandi yang hebat-hebat semuanya.




STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 3 dan 5 dari SMK Kg Chengal, Ketereh Kelantan. Program ini anjuran Empower Ecer Ketereh dengan kerjasama pihak sekolah. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan adik-adik yang bersama kami dari awal hingga akhir. Apapun anda semua terbaik dan kami suka.




STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar asrama SMK Kg Chengal Kelantan. Walaupun mereka bercuti, mereka tetap bersama dalam program motivasi. SMK Kg Chengal ini adalah sekolah pilihan dalam pembangunan bola sepak di negeri Kelantan. Ramai sudah bekas pelajarnya menjadi antara pemain TRW dalam bola sepak. Baru kami tahu, di sinilah tempat Ubi TRW di tanam. Patutlah hebat-hebat Ubi kita. JDT pun susah nak makan Ubi kita.

Tuesday, 10 July 2018

Gambar program latihan dan motivasi ITC (April 2018)

Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 0134058718.


Modul STAR.T LEADERSHIP bersama Pengawas Pusat Sumber (PSS) sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Terima kasih diucapkan buat PSS sekolah semoga apa yang dikongsikan ini mendapat manfaat yang mampu membina generasi kepimpinan yang ada Al Amin dan Al Qawwi.



Modul STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah kami mengendalikan bengkel pengurusan program kepada pimpinan pelajar SMKA Naim Lil Banat, Kota Bharu Kelantan. Sebagai pemimpin pelajar, mempelajari selok-belok menguruskan program dengan berkesan sangat penting kerana ia antara penentu kualiti kepimpinan seorang pemimpin tersebut.



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar SPM dari 3 jajahan Bachok, Pasir Mas dan Gua Musang dalam program kecemerlangan anjuran bersama Empower Ecer Bachok, Pasir Mas dan Gua Musang. Program ini diadakan di Bukit Keluang resort Terengganu




STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah sehari bersama Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Kelantan. Program ini di adakan di Irama beach resort Bachok Kelantan. Terima kasih buat penganjur dan terbaik buat semua ahli PRS sekolah yang awesome.




Modul STAR.T LEADERSHIP bersama bakal kepimpinan Badan Dakwah dari SMK(A) Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan di dalam program Islamic Leadership Camp 2018 (ILC). Perkongsian kali  ini berkaitan kepimpinan di dalam organisasi dan bagaimana kepimpinan mengikut panduan Islam. 



STAR.T PARENTING | Alhamdulillah bersama ibu bapa dan pelajar dari SMU(A) Bustanus Saadah, Morak Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat penganjur dan semua yang hadir. Moga apa dikongsikan ini menjadi booster buat ibu bapa dalam menempuhi cabaran mendidik anak-anak yang sudah berada zaman Y,Z, Alpha dan strawbarry satu hari nanti.



REMAJA BESTARi | Alhamdulillah kami berkongsi slot bertajuk Ukhuwah Islamiah kepada pelajar tingkatan 2 Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Terima kasij buat penganjur dan terbaik buat adik-adik pelajar.



START LEADERSHIP | Alhamdulillah sehari bersama pimpinan pengawas sekolah, PRS dan PSS bagi SMUA Diniah Pasir Mas Kelantan. Program Kem Kepimpinan dan Jati Diri ini di adakan di Rezuan Chelat Pantai Melawi Bachok Kelantan. Terima kasih diucapkan buat penganjur serta guru-guru yang hadir dan terbaik juga saya ucapkan buat adik-adik pimpinan yang hebat.



STAR.T FUN | Alhamdulillah 2 hari bersama staf dan pensyarah dari Kolej Komuniti Kelantan (Pasir Mas-Kok Lanas-Jeli) dalam program Asas NLP dalam Komunikasi. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan terima kasih buat peserta kerana ini kali ke-2 bersama mereka. Kami seronok bersama mereka kerana mereka ini mempunyai semangat juang untuk menjadikan diri ke arah lebih positif dan terbaik.



REMAJA BESTART | Alhamdulillah ITC bersama 100 orang pelajar SPM dari SMK Tengku Mahmud, Besut Terengganu. Perkongsian kali ini berkaitan tanggungjawab remaja sebagai seorang pelajar yang BESTARI. Terima kasih kami ucapkan buat penganjur dan tucapan terbaik juga buat adik-adik pelajar SPM.



STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar lelaki dari SMKA Falahiah Kelantan. Perkongsian kali ini adalah berkaitan pengurusan stress bagi pelajar dan diucapkan terima kasih buat penganjur.




STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama kepimpinan pelajar SMUA Hamidiah Padang Lepai, Kota Bharu Kelantan di dalam Tamrin Kepimpinan Sekolah. Program ini di adakan di Putra Villey Tanah Merah Kelantan.

Monday, 9 July 2018

Gambar program latihan dan motivasi ITC (Mac 2018)

Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 0134058718



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar PT3 dari SMK Alor Pasir Tanah Merah Kelantan. Program ini adalah anjuran Empower ECER TANAH MERAH dengan kerjasama SMK Alor Pasir Tanah Merah. Moga semua dapat menanam satu 'setting' berkaitan Look & Thought, Context & Content dan Motive & Action di dalam diri. Apa yang penting mereka GROW dalam pembelajaran. InsyaAllah.




Modul STAR.T LEADERSHIP bersama pelajar terpilih dari SK Tok Kenali Kelantan di dalam program jati diri dan kepimpinan anjuran bersama Kolej Teknologi DarulNaim (KTD) dan SK Tok Kenali.  Semoga adik-adik dapat memahami prisip 'setting' melalui Prolog dan Proses. Apa yang penting letuskan energi ketakwaan, keilmuan dan kecontohan di dalam kehidupan.



Modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) bersama naqib/naqibah dari Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor. Moga Naqib/Naqibah dapat menjalankan usrah dengan baik dan efektif. InsyaAllah.



Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 dan 5 dari SMK Bukit Jawa, Pasir Putih Kelantan di dalam program ini anjuran bersama Empower ECER Pasir Puteh dengan pihak sekolah. Diucapkan terima kasih buat penganjur dan terima kasih juga buat ibu bapa yang memberi komitmen bagi membantu anak-anak mereka untuk terus berjaya dalam mengejar 3A iaitu, Allah, Akhlak dan Akademik. 



Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa dan pelajar dari SK Sri Kiambang Pasir Mas, Kelantan. Terbaik buat ibu bapa yang hadir walupun mereka mempunyai komitmen tetapi untuk kejayaan anak-anak mereka terus bersama dalam program motivasi keibubapaan. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan pihak sekolah.



Modul START FUN bersama guru-guru dari SMK Jeli dalam program pengurusan stres anjuran Empower Ecer Jeli dengan kerjasama pihak sekolah SMK Jeli. Terima kasih diucapkan buat guru-guru yang hebat ini. Walaupun penat mengajar dan menyampaikan ilmu, mereka tetap bersama dalam program selepas habis waktu sekolah.



Modul STAR.T FUN bersama 200 orang guru di bawah jajahan daerah Pasir Putih di dalam program Motivasi Pengurusan Stres anjuran Empower ECER Pasir Puteh yang mana diadakan di Villa Daniala Beach Resort. Program ini juga dirasmikan oleh Tuan Haji Harun bin Yusof, Ketua Bahagian Pendidikan PPD Pasir Putih Kelantan. Terima kasih diucapkan buat pihak Empower Ecer dan terima kasih juga buat guru-guru yang hadir. Moga kita semua memilih Eustres untuk terus berjaya.



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar tahun 6 dan satu sesi bersama ibu bapa pelajar dari SK Janglau Rompin Pahang. Program ini anjuran Empower Ecer Rompin Pksm dengan kerjasama pihak sekolah. Semoga adik-adik pelajar SK Janglau Rompin berjaya bukan sahaja di dalam akademik tetapi akhlak dan yang paling utama berjaya dengan Allah. Terima kasih buat Empower Rompin.



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar dari SMUA Hamidiah Padang Lepai Kota Bharu. Terima kasih diucapkan buat pihak sekolah dan terima kasih juga buat pelajar-pelajar mahukan kejayaan. 



Modul Remaja BESTARI bersama pelajar tingkatan 5 SMK Tengku Mahmud, Besut dalam program perkampungan akademik SPM.

Sunday, 8 July 2018

Gambar program latihan & motivasi ITC (Februari 2018)

Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 0134058718



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar tingkatan 4 dari SMK Kota, Kota Bharu Kelantan.



Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa dari SK Chicha Tinggi, Pasir Mas. Apa yang dikongsikan adalah berkaitan susunan teori generasi yang bermula dengan traditional generation, silent generation (pre baby boom), babyboomes (the baby boom), X generation (the baby bust), Y generation (the echo of the baby boom), Z generation (generation net), A generation (generation alpha) dan strawbarry generation. Walaupun ia sekadar teori akan tetapi ia boleh diguna pakai dalam mendidik anak-anak yang cukup berbeza di masa kini dan hari ini



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar tahun 6 dari SK Alor Pasir Tanah Merah Kelantan. Program ini anjuran bersama sekolah dan Empower ECER TANAH MERAH



Modul JOM CARI KERJA bersama mahasiswa/i, pelajar dan graduan dalam program Mengejar Kerjaya anjuran Markaz Siswazah Kelantan dan Persatuan Mahasiwa Islam. Perkongsian adalah berkaitan bina matlamat dan perancangan dalam kerjaya.



Modul BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) bersama naqib dan naqibah di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.





Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa bagi tingkatan 5 dan seluruh pelajar SMU(A) Istiqamah Badang, PCB Kota Bharu Kelantan dalam Program Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar. Program ini juga dirasmikan oleh YB Hajjah Wan Ubaidah Wan Omar (Adun Kijang).



Modul STAR.T FUN bersama pengarah, ketua-ketua bahagia dan sektor bagi Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di dalam Kursus How To Be A Best Leader yang diadakan di Hotel Ansar Kota Bharu Kelantan. 



Modul SYOK IBADAH bersama pelajar tingkatan 5 dari Sekolah SMK Tanjong Mas, Kota Bharu Kelantan di dalam program JOM SOLAT.


Modul STAR.T FUN bersama guru dari SK Alor Pasir, Tanah Merah Kelantan dalam program Stress Management anjuran Empower ECER TANAH MERAH.


Modul SYOK IBADAH bersama pelajar Sekolah Menengah Tengku Amalin Aisyah Putri, Kota Bharu di dalam progrma Bengkel Solat.



Modul STAR.T LEADERSHIP bersama kepimpinan pengawas sekolah SMK Pengkalan Chepa 2 selama 3 hari 2 malam di Tanjong Chap Resort Kelantan di dalam program Kem Kepimpinan Murid 2018.



STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar SPM harapan dan terpilih dari Sekolah Imtiyaz Besut Terengganu. 


Modul STAR.T STUDY bersama pelajar terpilih (perempuan) dari SMU(A) Hamidiah Padang Lepai, Kadok Kelantan. Program ini adalah anjuran buat kali ke-2 selepas susulah keberjayaan anjuran yang pertama pada bulan januari yang lalu bersama pelajar lelaki.



Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa dan pelajar PT3 dari SMK Machang Kelantan. Alhamdulillah dapat berkongsi pada ratusan ibu bapa tentang situasi dan cara mendidik bagi pelajar alaf ke 21 ini iaitu generasi yang sudah masuk ke generasi Z @ generasi net ini.


Modul JOM CARI KERJA bersama pelajar Pra-U (tingkatan 6) di dalam program Workshop on Resume Writing and Interview Simulation anjuran NRC11 yang mana diadakan di SMK Bukit Rawa Pasir Putih Kelantan

Saturday, 7 July 2018

Gambar program latihan & motivasi ITC (Januari 2018)

Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 0134058718


Modul STAR.T STUDY bersama pelajar tingkatan 1 dan 2 dari SMK Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan. Moga semua pelajar terus berusah mencapai kejayaan yang diinginkan


Modul STAR.T STUDY bersama pelajar tahun 6 dari SK Tanah Merah 2, Kelantan. Program ini anjuran bersama Empower ECER Tanah Merah dan pihak sekolah.  InsyaAllah kerjasama kami bersama Empower ECER masih diteruskan dan kini sudah 4 tahun (2014-2018) mendapat kepercayaan dari Empower ECER. 


Modul STAR.T STUDY  bersama pelajar tingkatan 5 dari SMK Abdul Samad, Machang Kelantan. Perkongsian berkaitan teknik belajar yang mana merangkumi daftar maklumat, proses dan simpan maklumat serta kekalkan maklumat yang dipelajari.


Modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) untuk naqib/naqibah usrah Madrasah Tahfiz Az-Zahra, Johor. Buku silibus usrah Quranic Group - QG turut digunakan semasa simulasi usrah yang dilakukan dan akan menjadi teks rasmi usrah mereka. In syaa Allah merekalah generasi pertama yang akan memulakan rantaian tarbiah melalui sistem usrah ini di situ


Modul Bicara Macam Pro bersama kepimpinan pelajar sekolah dari SMKA Falahiah, Kelantan. Perkongsian berkaitan pengucapan awam bagi kepimpinan sekolah dan teknik bicara supaya menjadi profesional.



Modul STAR.T Parenting  bersama ibu bapa dan pelajar dari SMK Tanjong Bunga, Pasir Mas Kelantan. Program motivasi keibubapaan ini adalah salah satu aktiviti program bagi Hari Penetapan Target PT3 dan SPM 2018 diperingkat sekolah. Program ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Ab. Ghani bin Harun, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kelantan selaku YDP PIBG SMK Tanjong Bunga.

Kami berkongsi 3 teknik mendidik pelajar di alaf 21 iaitu ;
1. Teknik Carrot & Stick 
2. Teknik Burger 
3. Teknik Anchor



Modul STAR.T STUDY selama separuh hari bersama pelajar terpilih dari SMU(A) Hamidiah Padang Lepai, Kadok, Kelantan. 



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar SPM dari SMK Padang Enggang, Kota Bharu Kelantan.