Monday, 9 July 2018

Gambar program latihan dan motivasi ITC (Mac 2018)

Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 0134058718



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar PT3 dari SMK Alor Pasir Tanah Merah Kelantan. Program ini adalah anjuran Empower ECER TANAH MERAH dengan kerjasama SMK Alor Pasir Tanah Merah. Moga semua dapat menanam satu 'setting' berkaitan Look & Thought, Context & Content dan Motive & Action di dalam diri. Apa yang penting mereka GROW dalam pembelajaran. InsyaAllah.




Modul STAR.T LEADERSHIP bersama pelajar terpilih dari SK Tok Kenali Kelantan di dalam program jati diri dan kepimpinan anjuran bersama Kolej Teknologi DarulNaim (KTD) dan SK Tok Kenali.  Semoga adik-adik dapat memahami prisip 'setting' melalui Prolog dan Proses. Apa yang penting letuskan energi ketakwaan, keilmuan dan kecontohan di dalam kehidupan.



Modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) bersama naqib/naqibah dari Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor. Moga Naqib/Naqibah dapat menjalankan usrah dengan baik dan efektif. InsyaAllah.



Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 dan 5 dari SMK Bukit Jawa, Pasir Putih Kelantan di dalam program ini anjuran bersama Empower ECER Pasir Puteh dengan pihak sekolah. Diucapkan terima kasih buat penganjur dan terima kasih juga buat ibu bapa yang memberi komitmen bagi membantu anak-anak mereka untuk terus berjaya dalam mengejar 3A iaitu, Allah, Akhlak dan Akademik. 



Modul STAR.T PARENTING bersama ibu bapa dan pelajar dari SK Sri Kiambang Pasir Mas, Kelantan. Terbaik buat ibu bapa yang hadir walupun mereka mempunyai komitmen tetapi untuk kejayaan anak-anak mereka terus bersama dalam program motivasi keibubapaan. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan pihak sekolah.



Modul START FUN bersama guru-guru dari SMK Jeli dalam program pengurusan stres anjuran Empower Ecer Jeli dengan kerjasama pihak sekolah SMK Jeli. Terima kasih diucapkan buat guru-guru yang hebat ini. Walaupun penat mengajar dan menyampaikan ilmu, mereka tetap bersama dalam program selepas habis waktu sekolah.



Modul STAR.T FUN bersama 200 orang guru di bawah jajahan daerah Pasir Putih di dalam program Motivasi Pengurusan Stres anjuran Empower ECER Pasir Puteh yang mana diadakan di Villa Daniala Beach Resort. Program ini juga dirasmikan oleh Tuan Haji Harun bin Yusof, Ketua Bahagian Pendidikan PPD Pasir Putih Kelantan. Terima kasih diucapkan buat pihak Empower Ecer dan terima kasih juga buat guru-guru yang hadir. Moga kita semua memilih Eustres untuk terus berjaya.



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar tahun 6 dan satu sesi bersama ibu bapa pelajar dari SK Janglau Rompin Pahang. Program ini anjuran Empower Ecer Rompin Pksm dengan kerjasama pihak sekolah. Semoga adik-adik pelajar SK Janglau Rompin berjaya bukan sahaja di dalam akademik tetapi akhlak dan yang paling utama berjaya dengan Allah. Terima kasih buat Empower Rompin.



Modul STAR.T STUDY bersama pelajar dari SMUA Hamidiah Padang Lepai Kota Bharu. Terima kasih diucapkan buat pihak sekolah dan terima kasih juga buat pelajar-pelajar mahukan kejayaan. 



Modul Remaja BESTARI bersama pelajar tingkatan 5 SMK Tengku Mahmud, Besut dalam program perkampungan akademik SPM.

No comments:

Post a Comment