Tuesday, 11 January 2022

KELAS MENGAJI AL-QURAN ONLINE


Tidak perlu bergerak, hanya mengaji di rumah masing-masing sahaja. Jom belajar mengaji Al-Quran secara online.

KEBAIKAN MENGAJI AL-QURAN SECARA ONLINE
🔶 Kesalahan bacaan dapat dikesan apabila ada guru.
🔶 Kelancaran bacaan dapat dipertingkatkan apabila diperbetulkan.
🔶 Lebih disiplin dan istiqomah membaca Al-Quran.
🔶 Boleh rujuk guru mengajar secara langsung.
🔶 Rasa selesa apabila membacanya secara berseorangan dengan guru.

KELAS MENGAJI AL-QURAN ONLINE 2022
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
✅ Kelas ini untuk kanak-kanak dan dewasa.
✅ Belajar secara online 100% dari rumah.
✅ Lebih tumpuan dan lebih privasi.
✅ Cara pembelajaran yg mudah faham.
✅ Guna Google Meet / Direct Call / Zoom.
✅ Boleh tentukan masa dan hari mengikut kesesuaian.
✅ Boleh buat kelas ganti secara fleksibel.
✅ Boleh pilih tenaga pengajar (ustaz atau ustazah).
✅ Tenaga pengajar berpengalaman dan mesra.
✅ Laporan prestasi, resit bulanan di sediakan.
✅ Murah (12X Sesi/RM50/Sebulan/Kanak-Kanak) dan (8X Sesi/RM80/Sebulan/Dewasa).





🔖 DAFTAR SEGERA
Daripada Uthman RA anhu, Rasullullah SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." - Riwayat al-Bukhari (5027)

🔖 KEPENTINGAN MENGAJI AL-QURAN


Saturday, 1 January 2022

“SAYA TIDAK MAHU DIJULANG BERLEBIH-LEBIHAN, CUKUPLAH MANGSA BANJIR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ITU SUDAH MEMADAI..” – ABANG VIVA

LEVEL IKHLAS YANG DIAJAR OLEH SEORANG MANUSIA BIASA TAPI SEMANGATNYA LUAR BIASA.

Ini adalah 10 TANDA besarnya jiwa dan baiknya akhlak Abang Viva (Azwan Omar).


1. HANYA KERETA KECIL

Beliau hanya menaiki Viva sahaja dalam misi menyelamat walaupun kebiasaan orang lebih memilih pacuan 4 roda (4x4) sebagai pilihan semasa misi bantuan sebegini. Bersyukur dengan apa yang ada. Kereta kecil tidak mematahkan semangatnya untuk membantu, menyumbang dan menolong.

2. BEZA NEGERI

Beliau juga sanggup angkut bot dan meletakkannya di atas bumbung kereta yang kecil dari Melaka merentas negeri demi selamatkan 'saudara' yang menghadapi masalah di Selangor. Walaupun berbeza negeri tetapi tetap memiliki jiwa besar dengan adanya sifat satu Malaysia.

3. BERSENDIRI

Beliau datang bersendiri dan tidak pula secara berkumpulan atau berorganisasi. Walaupun misi sebegini dianggap bahaya dan mempunyai cabaran besar sekiranya bersendiri, dia tetap bertawakkal dan berserah kepada Allah. Dia ada menyatakan, "Di mana-mana Allah boleh tarik nyawa, yang penting saya nak selamatkan nyawa orang".

4. MOHON CUTI TERLEBIH DAHULU

Beliau bekerja sebagai operator mesin dan sanggup memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir. Ini menunjukkan dirinya meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan operasi. Dirinya memiliki sifat jujur dan menjaga amanah sebagai pekerja.


5. TIDAK MENCERITAKAN DI MEDIA SOSIAL

Beliau tidak memulakan dengan memberi hebahan di media sosial dan tidak pula menceritakan akan misi bantuan ini di dalam media sosial. Tetapi orang lain yang sedar akan kehadirannya telah menceritakan segalanya sehingga dirinya menjadi 'viral' sebagai 'abang viva'. Inilah tanda keikhlasan dirinya dalam misi menyelamat dan membantu.

6. BEKALAN HANYA RM50

Beliau hanya berbekalkan duit sebanyak RM50 dengan membeli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air sebagai alas perut. Dengan hanya RM50 inilah, imam di masjid telah selitkan doa kepadanya semasa khutbah jumaat sehingga ramai meng'amin'kannya.

7. MENOLAK TAWARAN DAN SUMBANGAN

Beliau telah menjadi tular dan ramai pula ingin membantunya sehingga ada yang menawarkan kereta baru, menawarkan khidmat percuma bagi membaiki keretanya, menawarkan wang ringgit dan menawarkan kebendaan bagi memudahkan urusan peribadinya. Tetapi apa yang dipilihnya adalah menolak segala tawaran itu dengan cara baik.


8. KATA-KATANYA

Beliau berkata “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”.

9. INSPIRASI TAHUN 2021

Beliau kini telah selamat pulang ke Melaka, tetapi kisahnya ini tetap menjadi bualan dan masih tular sehingga penghujung tahun 2021. Dirinya bukanlah orang yang ada pengaruh dan dirinya juga bukanlah individu kayangan. Tetapi jiwa besarnya dan akhlak yang baik telah membuktikan dia adalah wira dan hero kepada rakyat Malaysia.

"NAK TOLONG ORANG TAK PERLU TUNGGU KITA KAYA" - Abg Viva (Azwan Omar)


10. TAULADAN RAKYAT MALAYSIA

Beliau telah menjadi tauladan yang baik kepada kita semua. Ambillah sebagai pengajaran dan bimbingan supaya diri kita juga dapat memiliki sifat terpuji sepertinya. Apa yang penting, letakkan semuanya KERANA ALLAH dan sentiasa berbuat baik KEPADA MANUSIA.

Firman Allah di dalam surah Al-A'raf ayat 29,

"Katakanlah, Tuhanku menyuruh untuk berlaku adil. Dan hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat, dan sembahlah Dia (Allah) dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebgaiamana kamu diciptakan semula."


KESIMPULAN
Sebenarnya ramai lagi insan di luar sana seperti Abang Viva yang ikhlas membantu, menolong dan terus menyumbang. Mereka inilah hero dan wira kita semua.

Doakan supaya mereka terus ikhlas menjalankan amanah dan tanggungjawab kemanusiaan ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dan memberi kebaikan juga kepada mangsa-mangsa banjir semua.


Dari saya,
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)