Saturday, 7 July 2012

SIKAP BOLEH BERUBAH (PART 1)

APA ITU SIKAP

Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Sikap juga adalah tindakan dan tingkah laku diri berlandaskan cara seseorang itu berfikir. Terdapat dua orang pelajar ingin melakukan sesuatu perkara, akan tetapi cara dan corak fikiran mereka berbeza sehinggalah bertindak balas secara berbeza pada sesuatu peristiwa ataupun persekitaran. Sebagaimana contoh apa yang saya maksudkan, anda suka membonceng motosikal dengan keadaan laju dan tergopoh-gapah. Pada suatu hari kawan anda ingin menumpang untuk ke kelas tambahan. Kawan anda meminta anda membawa motosikal dengan keadaan perlahan dan berhati-hati.

Akan tetepi, anda mula berfikir untuk berlagak dan menunjukkan kemahiran membawa dengan keadaan laju. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda meninggal dunia di tempat kejadiaan. Anda mula menyesal dan berkemungkinan besar anda mula mengubah sikap anda semasa membawa motosikal. Anda juga akan menegur dan menasihati kawan-kawan anda apabila melihat mereka membawa motosikal dengan keadaan laju dan merbahaya. Semua ini terhasil apabila dari anda mengubah cara berfikir dari negatif kepada positf disebabkan adanya pengalaman dan peristiwa. Apa yang saya ingin nyatakan disini bahawa sebenarnya kita mampu untuk mengubah sikap sekirannya kita mahukan.

Mengikut kajian pakar-pakar motivasi telah menyatakan kecemerlangan seseorang pelajar banyak bergantung kepada sikap iaitu 80 peratus manakala ilmu pula sebanyak 10 peratus dan 10 peratus lagi adalah kemahiran. Di dalam bahagian inilah, saya ingin berkongsi dan membuktikan bahawa sikap adalah perkara asas yang perlu anda ketahui dan jadilah buku ini sebagai panduan untuk anda terus mengukir kejayaan.

Pupuk sikap yang bermotivasi

Ibu bapa selalu inginkan seorang anak yang memiliki sikap yang bermotivasi. Seorang guru seringkali berusaha untuk mendisiplinkan sikap pelajar di sekolah untuk terus bermotivasi. Seorang perunding motivasi atau kaunselor pula selalunya akan menekankan konsep kepentingan sikap yang bermotivasi di dalam kehidupan seorang pelajar. Selain itu juga, ada sesetengah pihak juga akan mendedahkan budaya sikap yang positif kepada pelajar ataupun remaja sehinggalah ia mendapat kesedaran. Kesemua ini menunjukkan bahawa sikap merupakan suatu elemen penting yang perlu di ketahui oleh seorang pelajar bergelar remaja untuk terus bermotivasi. Persoalannya?

1.  Mengapa sikap yang bermotivasi sebegini sering dipupuk sejak zaman persekolahan lagi?

2. Mengapa motivasi terhadap sikap menjadi peranan utama di dalam pembentukan kejayaan seorang pelajar?

3.  Mengapa sikap yang terus bermotivasi ini selalu menjadi suatu kayu ukur penting di dalam kehidupan seorang pelajar.

Persoalan ini saya ingin menjawabnya dengan menyatakan satu laporan berita di Harian Metro pada 20 Mac 2005 yang bertajuk ‘Pelajar Cemerlang Ceroboh Sekolah’. Insiden ini telah berlaku di sebuah sekolah di daerah Kulim yang mana dalam kejadian ini, dua pelajar tingkatan empat yang cemerlang dalam aliran sains telah menceroboh sekolah dengan mencuri peralatan komputer. Pelajar-pelajar ini berjaya ditahan polis dan menyebabkan ramai yang mempersoalkan kecemerlangan yang mereka perolehi. Sikap yang bermotivasi bukanlah suatu perkara yang di capai melalui bidang akademik dan kerjaya semata-mata. Akan tetapi sikap ini merupakan peranan besar di dalam menentukan kehidupan seseorang pelajar itu.

Semua manusia dianugerahkan dengan memiliki sikap yang memberi sesuatu kebaikan ataupun keburukan terhadap diri sendiri dan orang lain. Di dalam Al-Quran ada menyatakan;

“Maka sesuatu apa yang diberikan kepada mu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan mereka”.
Asy-Syura ayat 36


.:Bersambung:.

No comments:

Post a Comment