Saturday, 7 July 2012

SIKAP BOLEH BERUBAH (PART 2)

Pupuk sikap dengan cara 'Mengenal Diri'

‘Mengenal diri’ merupakan suatu mesej muhasabah belajar yang saya ingin kongsikan buat semua pelajar, tidak kira seseorang pelajar itu bergelar  muslim ataupun non-muslim.  Ini kerana semua orang yang tinggal di muka bumi yang penuh dengan kebahagiaan dan keseronokan ini  adalah ciptaan dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Seluruh manusia mengetahui diri mereka merupakan diri yang dicipta dan bukan dijadikan secara tiba-tiba. Betul atau tidak? Oleh sebab itulah saya merasakan sudah menjadi tanggungjawab saya menulis dan menyatakan pembentukan sikap dengan cara mengenal diri sendiri amat penting sebelum anda berusaha mencapai sesuatu di dalam kehidupan. Tampa mengenali siapa diri kita, sudah pasti seseorang itu tidak mungkin dapat memaksimumkan potensi dirinya dengan penuh bertenaga malah seseorang itu akan menyalahgunakan potensi dan kelebihan yang dianugerahkannya.

Saya suka mengambil dua contoh kisah pelajar genius yang memiliki potensi diri tetapi mereka tidak dapat mengenali diri sebagai individu hebat sehinggalah mereka mencari jalan yang salah. Individu genius yang saya maksudkan ialah Theondora John Kaczynski dan Sofiah Yusof. Kisah dua individu genius mendapat liputan berita yang meluas.

Kisah Theondora John Kaczynski

Theondora John Kaczynski merupakan seorang genius matematik lulusan Harvard University dan Michigan University, yang digelar Unabomber. Sewaktu berusia 16 tahun, Ted memperolehi biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Harvard University. Setelah umurnya 20 tahun, dia berjaya memperolehi ijazah sarjana dan pada usianya 21 tahun dia telah memperolehi gelaran doktor matematik.

Ted mempunyai kelemahan dalam membina hubungan sosial sehinggalah dia telah hilang daya mengenal diri sendiri dan tidak mengenal erti bersyukur.  Dia telah merancang keganasan selama 17 tahun dan membunuh 3 orang serta mencederakan 23 orang dengan bom yang diciptanya sendiri. Dan kini kecerdikan yang dimiliki oleh Ted hanyalah sia-sia dan tidak member kebaikan kepada orang lain.

Kisah Sufiah Yusof

Sufiah yusof adalah wanita genius matematik yang telah berjaya memasuki Oxford University pada umurnya 13 tahun. Ibunya berasal dari Malaysia dan bapanya pula dari Pakistan. Kisah kehidupan Sufiah telah disiarkan akhbar News Of The World keluaran 31 Mac 2008 yang telah mendedahkan wanita yang dianugerahkan kepintaran semula jadi itu telah menawarkan khidmat menjual tubuh melalui internet dengan bayaran 130 paun sterling (RM845) bagi satu sesi. Permasalahan keluarga yang tidak mengenal erti kehidupan bahagia menyebabkan Sufiah melakukan perkara sebegitu sehinggalah dia tidak mengenal dirinya sebagai hamba yang telah berjaya.

Kenal Diri 1 : 'Penghayatan'

Di dalam buku yang bertajuk ‘Bangkit Sebagai Pelajar Hebat hasil tulisan Tengku Abdul Halim Tengku Muda ada yang menyatakan Sebaik sahaja anda mengenal diri anda, sebahagian besar perjuangan anda sudah berjaya dan terlaksana

Oleh yang demikian, konsep mengenal diri adalah suatu kuasa penghayatan (power of concentration) yang membolehkan diri kita merasakan kehidupan ini adalah suatu keistimewaan yang di berikan oleh Tuhan. Kejayaan dan kegagalan merupakan suatu lumrah di dalam kehidupan seorang manusia. Apa yang paling utama adalah, diri kita tidak lupa pada Tuhan dan sentiasa meninggalkan perkara yang dilarang.

Walaubagaimanapun, kini penghayatan mengenal diri dengan cara mengingati tuhan sudah semakin berkurang di jiwa pelajar dan remaja. Mungkin mereka kini lebih suka mencari perkara-perkara yang membawa kegembiraan yang bersifat sementara menyebabkan mereka hanyut dengan perkara yang tidak berfaedah dan menjadikan mereka lupa akan diri. Sebagaimana contoh,

1.  Pelajar kini lebih gemar berfacebook dan melayari internet sehinggakan mereka lupa pada tanggungjawab untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam bagi individu muslim.

2.  Pelajar kini juga lebih gemar bercinta sehinggakan mereka sanggup lari dari rumah meninggalkan keluarga bagi menggikuti teman lelakinya.

3.  Pelajar kini lebih suka mencari perkara-perkara lucah sehinggalah mereka lupa akan dosa dengan melakukan perkara yang ditegah.

4.  Pelajar kini lebih terdedah dengan isu-isu zina di akhbar, majalah, internet, MMS dan lain-lain sehinggalah mereka ingin mencuba dan tidak ambil peduli kes pembuangan bayi.

5. Pelajar kini lebih gemar meniru gaya-gaya artis barat sehinggalah mereka tidak menunjukkan akhlak yang baik dan bermoral.

6. Pelajar kini lebih gemar bergaul dengan rakan-rakan yang membawa masalah sehinggalah banyak gejala rempit, gengsterisme, ponteng sekolah dan lain-lain menjadi perkara biasa.

Terdapat banyak lagi perkara yang memberi kesan negatif kepada pelajar dan remaja kini. Ingatlah, pelajar dan remaja kini adalah dari generasi Y. Mereka akan dilanda tsunami ataupun virus kerosakan akhlak sekirannya tidak dibendung dan tidak di didik dengan landasan agama . Generasi Y adalah generasi yang selalu menyatakan perkataan ‘Why/Mengapa’ dan disusuli ‘But/Tetapi’ di dalam kehidupan seharian mereka. Walaubagaiamnapun ‘Why/Mengapa’ banyak di tanya dalam bentuk perkataan negatif berbanding positif. Sebagaimana contoh perkataan yang sering kita dengari daripada pelajar seperti;

1.  Mengapa saya tidak boleh lakukan perkara ini? tetapi dia boleh lakukan.
2.  Mengapa saya tidak boleh meniru gaya rambut orang itu? tetapi dia boleh tiru.
3.  Mengapa saya tidak boleh malakukan aksi merempit sebegitu? tetapi dia boleh lakukan.
4.  Mengapa dia dapat tengok perkara lucah itu? tapi saya tak dapat.
5.  Mengapa ibu bapanya benarkan dia ke konsert itu? Tetapi ibu bapa saya tak benerkan.
6.  Mengapa mereka boleh bercinta? tetapi saya tak diberi peluang.
7.  Mengapa ibu bapa saya tidak membeli handphone yang canggih? Tetapi ibu bapanya beli.
8.  Mengapa guru disiplin itu marahkan saya dan hukum saya? Tetapi mereka tidak pun dihukum.
9. Mengapa saya tidak boleh menghisap rokok? Tetapi sepupu saya tidak dihalang menghisap rokok.

Beginilah persoalan-persoalan ‘Mengapa/Why’ yang selalu ditanya menyebabkan mereka kini sukar dikawal dan sering kali  mudah lupa diri sebagai seorang pelajar. Sekiranya persoalan Mengapa/Why ini tidak dapat dijawab dengan jelas dan hikmah, manakala ‘But/Tetapi’ itu pula memberi pengaruh kepadanya, sudah pasti mereka akan mencuba perkara yang dipersoalkan itu sehinggalah mereka terjebak dan memilih perlakuan yang berunsurkan negatif.

No comments:

Post a Comment