Pada
tahun 1834 ketika Charles berada di dalam penjara kerana hutang akibat beberapa
perniagaannya yang telah gagal, beliau seringkali memikirkan cara untuk
menjalankan perniagaan yang menguntungkan. Selepas Charles keluar dari penjara,
beliau telah membuat ujikaji menggunakan getah di mana dalam keadaan asalnya
getah cair pada suhu yang rendah.
Charles berusaha selama sepuluh tahun dan
akhirnya beliau menemui suatu proses yang dipanggil ‘penvulkanan’ yang mencegah
getah daripada menjadi cair dan menjadikannya berguna secara komersil. Semua
ini hasil dari semangatnya yang tidak mudah luntur untuk mencapai matlamat yang
diinginkannya walaupun mendapat beribu kali kegagalan. Kini syariakt tayar
Goodyear telah dikenali diseluruh dunia.
Moral :
Sekali gagal tidak bererti
kita adalah orang yang lemah. Seribu kali gagal tidak bererti kita adalah orang
yang malang. Gagal dengan cara berusaha akan menemui kejayaan yang tidak akan
di sangka-sangka.
No comments:
Post a Comment