Wednesday 19 September 2012

Kisah Dr. Robert Jarvick


Dr. Robert Jarvick iaitu pencipta jantung mekanikal pertama di dunia. Di bangku sekolah, beliau adalah murid yang sederhana dan tidak cemerlang di dalam pelajaran. Namun beliau bercita-cita dan sentiasa meletakkan motivasi di dalam dirinya untuk menjadi seorang doktor satu hari nanti. 

Selepas menamatkan alam persekolahan, beliau pada mulanya gagal mendapat tempat di fakulti perubatan universiti-universiti di Amerika kerana beliau gagal di dalam ujian kemasukan. Akan tetapi motivasi di dalam dirinya tidak sesekali menurun bahkan beliau terus mencuba sehinggalah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di salah sebuah universiti di Itali. 

Selepas lulus dan berkhidmat sebagai doktor perubatan, beliau berjaya mencipta jantung mekanikal dan usaha tersebut memberi harapan kepada pesakit-pesakit jantung sementara menanti adanya penderma jantung manusia sebenar. Di saat itulah beliau merasakan kejaayaannya ini hasil daripada semangat motivasinya sejak di bangku persekolahan lagi.


Moral :

Motivasi yang terbaik adalah motivasi ‘dalam-ke-luar’ bukannya ‘luar-ke-dalam’. Ini bermakna jika seseorang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi dan di bantu dengan dorongan motivasi luaran,sudah pasti diri seseorang itu tidak akan melihat kegagalan sebagai masalah untuk mendapatkan kejayaan.

No comments:

Post a Comment