Sunday, 23 September 2012

Kisah Roger Bannister


Pada tahun 1954, seorang pelari terkenal yang bernama Roger Bannister telah memecahkan rekod dunia dengan kejayaannya berlari kurang daripada 4 minit sebatu. Sebelum itu ramai pelari telah mencuba tetapi ianya gagal. Ramai doktor, pelatih olahraga, ahli fisologi dan pakar-pakar perubatan bersetuju dan bersepakat bahawa sememamgnya tidak akan ada manusia yang boleh berlari sepantas daripada itu. 

Ramai pelari telah menerima pendapat dan berkeyakinan hasil daripada kajian yang dilakukan pakar bahawa badan manusia dan kekuatan manusia ada hadnya dan adalah mustahil bagi sesiapa pun untuk berlari kurang daripada 4 minit. Oleh itu tiada siapa yang berjaya melakukan perkara itu kecuali seorang pelajar perubatan Universiti London yang bernama Rogers Bannister. 

Apa yang di lakukan Bannister adalah ia tidak mahu mendengar nasihat daripada pakar-pakar dan dirinya berkeyakinan bahawa ia bukanlah mustahil untuk lakukan sekirannya ada latihan secara terus menerus. Bannister telah bersungguh-sungguh berusaha dengan mengambil masa yang agak lama dan akhirnya dirinya telah berjaya memecah rekod lariaan kurang dari 4 minit sebatu. Lariannya adalah dengan mengambil masa 3 minit 59 saat sebatu. 

Dengan rekod ini, dunia olahraga menjadi gempar dan ramai pelari sudah mengubah corak pemikiran untuk terus memecahkan rekod baru tanpa memikirkan ianya mustahil. Dalam masa enam minggu selapas itu, seorang lagi pelari bernama John Landy Field dari New Zealand pula dapat melakukan larian dengan masa 3 minit 58 saat walaupun dirinya pernah gagal.


Moral :

Apabila manusia yakin akan kebolehan potensi yang dianugarahkan Allah, pasti kejayaan akan menunggunya di hadapannya. Sekiraanya manusia sering kali terikat dengan paradigma sangkaan ianya tidak boleh berjaya, maka sampai bila pun ia akan gagal. Ini semua kerana diri sendiri yang membataskan kemampuan.

No comments:

Post a Comment