Sunday 23 September 2012

Kisah Mr Honda


Tan Sri Loh Boon Siew juga dikenali sebagai ‘Mr Honda’  merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda. Beliau telah berhijrah dari China ke Malaysia ketika berusaha 12 tahun dan mendapat pekerjaan awal sebagai seorang mekanik. Beliau menambah pendapatannya yang sedikit itu dengan membasuh bas dengan kadar bayaran 10 sen sebuah. Di sebabkan kemiskinan hidup, beliau adalah seorang yang tidak berpelajaran, tidak tahu membaca dan menulis. 

Beliau juga sering kali dibuli dan ditipu sehinggalah beliau merasakan dirinya adalah orang yang tidak berguna. Akan tetapi beliau tidak mengalah dengan kritikan dan cacian orang lain malah terus berusaha untuk membuktikan beliau adalah seorang yang tidak bodoh. Akhirnya beliau tidak lagi buta huruf dan motivasi dalamannya cukup kuat sehinggakan beliau berjaya walaupun mengambil tempoh yang agak lama. Beliau telah menyediakan pekerjaan bagi ribuan orang dan dirinya bukan lagi dianggap bodoh.


Moral :

Kejayaan seseorang itu tidak akan datang dengan cara yang mudah. Ini kerana semua orang akan melalui cabaran hidup dan mengikuti dairi kehidupan yang ditetapkan Allah. Sekiranya kita redha, bersyukur dan ditambah dengan berusaha bagi mencapai matlamat, kita akan rasai kenikmatan erti bertuhan. Ingatlah, Tuhan akan menjanjikan kejayaan bagi orang yang bertakwa.

No comments:

Post a Comment