PANDUAN DAN KAEDAH 'SMART' - MUIZ MUKHTAR
SMART Sehari sebelum
masak ke dewan peperiksaan
S – Sikap
1. Sentiasa bersikap positif dan sentiasa mengeluarkan
perkataan-perkataan posif supaya diri ini mendapat aura positif.
2. Mengelak dari 3
sikap ini iaitu Malas, Tangguh dan Bosan.
M – Mohon
1. Perbanyakkan doa kepada Allah.
2. Mohon maaf
kepada individu yang dekat dengan kita seperti ibu bapa, keluarga, guru dan
rakan-rakan.
3. Buat
tanggujawab kita sebagai makhluk seperti solat, membaca Al-Quran dan banyak
lagi.
A – Amalan
1. Tidur awal untuk memastikan tubuh badan kita
tidak lesu dan letih pada keesokan harinya.
2. Amalkan solat
hajat untuk memastikan kita sentiasa tenang mengharungi peperiksaan.
3. Buat amalan-amalan
yang menjadi tanggujawab kita sebagai makhluk seperti solat lima waktu, membaca Al-Quran dan banyak lagi.
4. Buang amalan yang
menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum air berkarbonat dan
lain-lain.
5. Jangan lupa
bersarapan dan pergi awal ke tempat peperiksaan keesokan harinya.
R – Rasa
1. Buangkan dahulu rasa nak berfacebook dan
bertwetter.
2. Buangkan dahulu
rasa nak berSMS dengan kekasih ataupun rakan-rakan.
3. Buangkan dahulu
rasa nak melayan ‘movie’ terbaru.
4. Buangkan dahulu
rasa nak menghabiskan bacaan novel yang digemari.
5. Buangkan dahulu
rasa nak melihat youtube.
6. Tambah rasa
untuk dapatkan A. Usaha lagi.
T – Teknik
1. Pastikan membuat dan membaca soalan dan
jawapan. Buat ulangkaji secara berkesan
bukan secara membebankan.
2. Pastikan alatan peperiksaan mencukupi dan buatlah persediaan awal.
3. Periksa jadual waktu peperiksaan.
4. Pastikan anda banyak melihat
taget A anda. Contoh anda menampal target A anda di dinding dan
meja belajar.
SMART memulakan peperiksaan
S – Sikap
1. Sentiasa senyum dan ukirkan wajah yang positif.
2. Pastikan minda
anda tidak menumpu pada masalah luaran. Fokus pada peperiksaan
M – Mohon
1. Mohon Doa.
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ
الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku
, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah
boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .
2. Berselawat.
A – Amalan
1. Pernafasan yang betul seperti
6 saat, Tarik – 6 saat, Tahan –6 saat, Hembus –
6 saat, Tahan (ulang secara 3 kali)
2. Cara duduk yang
betul supaya ia tidak meletihkan dan mengantuk.
3. Bawalah air
minuman untuk diminum.
R – Rasa
1. Buangkan rasa niat ingin meniru.
2. Buangkan rasa
ingin pulang awal. Pastikan anda menggunakan masa yang diberikan secara maksima.
3. Buangkan rasa
keinginan untuk ke tandas berulang kali. Pergi ke tandas apabila perlu sahaja.
4. Buangkan rasa
seperti di zon selesa seperti menunjuk-nunjuk dapat menjawab soalan peperiksaan.
T – Teknik
1. Pastikan anda membahagikan masa soalan-soalan
yang ingin dibuat
2. Teliti dan fahami soalan terlebih dahulu.
3. Rangka dan draf jawapan.
4. Bagi soalan objektif, mulakan dengan soalan
yang senang dahulu diikuti dengan soalan yang sederhana dan susah.
5. Tulisan perlu jelas dan tidak comot.
6. Semak jawapan.
SMART selepas peperiksaan
S – Sikap
1. Redha dengan apa yang berlaku.
2. Tenang dan
cubalah optimis dan yakin dengan jawapan anda.
M – Mohon
1. Mohon doa dipermudahkan dan mendapat keputusan
yang cemerlang .
2. Perbanyakkan menyebut
Alhamdulillah.
A – Amalan
1. Amalkan apa yang saya nyatakan seperti
perkongsian di atas.
2. Rehat dan buat
perkara berfaedah.
R – Rasa
1. Buangkan rasa untuk berbincang jawapan.
2. Buangkan rasa ingin
mencari jawapan peperiksaan.
3. Tambahkan rasa
untuk memberi tumpuan pada peperiksaan yang seterusnya.
T – Teknik
1. Ulangi teknik-teknik seperti apa yang dinyatakan di atas.
2. Tambahan, lakukan belajar secara berkumpulan jika perlu.
.......................
Muiz Mukhtar
Guru Bimbingan
No comments:
Post a Comment