Louis
Braille mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakannya apabila dirinya
mendapat kecacatan penglihatan akibat kemalangan menyebabkan dirinya sering
kali menyalahkan takdir. Akan tetapi, pengalamannya itu telah menjadikan beliau
sentiasa bermotivasi dan menghargai diri sendiri yang telah buta.
Hasilnya,
Louis merasakan dirinya seperti insan lain yang memiliki mata untuk melihat.
Ketika itu, tidak ada orang percaya bahawa orang buta dapat membaca dengan
baik. Namun, Louis telah membuktikan bahawa mereka boleh membaca seperti
orang lain. Beliau telah belajar membaca huruf timbul menggunakan hujung
jarinya.
Beliau kemudiaan mencipta sistem bacaan baru untuk orang yang buta.
Sistem yang menggunakan titik timbul itu akhirnya tersebar dan seterusnya
digunakan di seluruh dunia. Kini sistem itu dikenali sebagai Braille. Sejarah
hitam kisah silamnya telah bertukar kepada sejarah kejayaan yang paling
berharga.
Moral :
Harga sebuah pengalaman tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta. Hanya kita sahaja yang tahu betapa untungnya sebuah pengalaman.
Harga sebuah pengalaman tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta. Hanya kita sahaja yang tahu betapa untungnya sebuah pengalaman.
No comments:
Post a Comment