CUTI SEKOLAH
Cuti sekolah sudah
bermula. Sudah pasti perkataan ‘HOREEY’ menjadi perkataan utama para pelajar. Mungkin ada yang tersenyum lebar dan ada yang
terlompat-lompat bahkan ada yang menjerit kegembiraan. Apa yang saya nak
gambarkan di sini adalah perkataan ‘CUTI’ sudah menjadi suatu perkara yang dinanti-nantikan
kehadirannya oleh semua pelajar. Mengapa? Sudah pasti jawapannya adalah kerana
rutin kehidupan seorang pelajar adalah seperti pergi sekolah, balik sekolah, hadiri
aktiviti kokurikulum sekolah, buat kerja sekolah, ulangkaji pelajaran sekolah,
hadiri kelas tambahan di sekolah dan banyak lagi. Semuanya berkisarkan dari
perkataan sekolah sehinggalah minda mereka di ikat dengan berfikir tentang
sekolah (belajar).
Oleh itu, bila hadirnya cuti sekolah maka pemikiran mereka dirungkaikan
dari perkataan sekolah (belajar)menjadi perkataan rumah seakan-akan seperti ada
kebebasan. Inilah yang saya ingin maksudkan bahawa CUTI bukanlah bermaksud pelajar
boleh bebas dari aktiviti pembelajaran, tetapi pelajar perlulah mengisi
aktiviti pembelajaran mengikut citarasa tersendiri. Kadang-kadang ada pelajar
yang lupa diri sehinggalah menjadikan cuti sebagai medan untuk melepak,
berfoya-foya, bermain sepanjang masa, merempit, berfacebook siang malam dan
melakukan aktiviti yang tidak ada faedahnya.
Ingatlah pelajar yang bijak adalah
mereka sentiasa merangcang dan mengatur aktiviti cuti persekolahan mereka. Akan
tetapi berbeza pula bagi pelajar yang kurang bijak, cuti persekolahan merekalah
yang merangcang dan mengatur aktivitinya sehinggalah mereka lalai dan leka.
Sekarang, apa yang
perlu pelajar lakukan?
1. Buat perancangan
aktiviti anda
a) Sediakan buku
latihan 60 muka surat/buku 555/Buku catatan/Nota kecil
b) Setiap helaian muka
surat adalah di anggap seperti perancangan aktiviti seharian anda (masukkan
tarikh/hari)
c) Sila Isikan setiap
hari aktiviti anda pada helaian buku itu dan anda sendiri boleh menilai serta
menentukan aktiviti yang mana penting dan tidak penting.
d) Pastikan anda
mengulang tindakan mencatat aktiviti anda secara konsisten
2. Buat penilaian dan
awasi aktiviti anda
a) Anda boleh melayari
internet tetapi jangan biarkan internet melayari jiwa anda.
b) Anda boleh menonton
Television tetapi elakkankan ia menjadi VisionTele.
c) Anda boleh bersiar-sia
tetapi pastikan ia menjadi pengalaman berharga.
d) Anda boleh bersuka
ria bersama rakan-rakan tetapi elakkan diri anda dari terpengaruh dengan perlakuan tidak sopan.
e) Anda boleh menghabiskan
bacaan novel dan komik tetapi jangan lupa pada tanggungjawab sebagai makhluk
dan pelajar.
f) Anda boleh bersukan
tetapi pastikan anda tidak menjadikan ia sebagai aktiviti utama.
3. Buat dan tunjukkan perlakuan
sebagai seorang anak soleh/solehah
a) Perbanyakkan aktiviti
menolong dan membantu ibu bapa.
b) Hiburkan hati ibu
bapa dengan tidak menyusahkan mereka.
c) Lakukan amalan-amalan seperti seorang hamba
Allah.
d) Melawat dan
menziarahi saudara mara anda
4. Buatlah dan carilah
pengisian yang bermotivasi
a) Pergilah dan
mintalah pada ibu bapa untuk dihantar ke kem-kem motivasi sempena cuti sekolah
b) Pergilah ke kelas
pengajian Al-Quran dan fardhu ain
c) Bergaullah dengan
individu yang mempunyai aura motivasi
d) Jadikan buku
sebagai teman suntikan motivasi
5. Buat persiapan
untuk menghadapi persekolahan di tahun hadapan
a) Hadiri ke kelas tuisyen
b) Membeli buku-buku
rujukan dan latihan sebagai ‘preview’subjek yang akan di ambil tahun hadapan
c) Berjumpalah dengan senior-senior sebagai ‘icon’ dan berkongsi pengalaman bersama mereka.
'CUTI SEKOLAH bukanlah bererti anda BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA, tetapi ia sebagai peluang untuk anda REHAT SECARA BERMANFAAT'
(MuizMukhtar 2012)
.....................
Muiz Mukhtar
Guru Bimbingan