Tuesday, 12 September 2017

BREAKOUT STRES


Perkara yang saya selalu kongsikan bagi teknik mengurangkan stress negatif adalah dengan melalukan atau mencetuskan BREAKOUT STRES. Breakout Stres adalah kegiatan pengalihan perhatian ketika sedang hadapi stres. Saya mahu kongsikan 7 Breakout Stress yang boleh di amalkan.

1. Pemandangan Alam

Keluarlah bagi menikmati pemandangan alam. Duduk di tanam, berada di tepi pantai, naik kapal untuk melihat luasnya laut, berada di sawah padi, memandang gunung atau bukit, masuk hutan dan keluar dari kawasan bandar yang penuh dengan bangunan. Apabila balik kampung, maksimakan diri dengan menghayati, merasai suasana kampung.

2. Sumber Air

Lakukan aktiviti yang mempunyai kaitan dengan sumber air. Biarlah tubuh badan kita bersentuhan dan disegarkan dengan air. Contoh seperti sentiasa berwudhuk, mandi, berendam atau mengapung di kolam, pantai dan lain-lain. Boleh juga mencari kawan bermain tembak menembak dengan menggunakan pistol air. 

3. Altruistik / Kerja Amal

Lakukan kerja altruistik ataupun kegiatan sosial, kerja amal, kerja sukarelawan untuk membantu dan membahagiakan orang lain. Tidak perlu sehingga kita menjadi aktivis kerana ia untuk kegiatan mengalihkan tekanan sahaja. Melakukan kegiatan sosial kejiranan di tempat tinggal kita pun sudah memadai. Berinteraksi dengan orang lain dan masyarakat itu sangat penting dalam kerja dan kegiatan altruistik.

4. Senaman

Lakukan aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Berjalan kaki, berjoging, berbasikal, bersenam dan lain-lain sebenarnya boleh memberi kita ketenangan dan mengubah suasana emosi kita.

5. Sumber Haiwan

Bermaianlah dengan haiwan peliharaan ataupun melihat haiwan kerana hidup tanpa haiwan tidak seronok. Manusia sebenarnya banyak mempelajari sesuatu dari haiwan. Adakan juga kegiatan memberi makan kepada haiwan sambil melihat telatah haiwan itu makan 

6. Kerja Rumah

Lakukan aktiviti kerja rumah seperti berkebun, melipat baju, mengemas rumah, susun atur barang dan lain-lain lagi. Tidak perlu menunggu orang lain lakukan atau diminta untuk kita lakukan akan tetapi kita terus lakukannya secara ikhlas.

7. Spiritual / Ibadah / Rohani

Spiritual jangan dilupakan. Allah tempat kita meminta pertolongan. Solat, baca Al quran, berdoa, lakukan meditasi dan memandang anak-anak kecil sedang tidur lena.
.
Moga teknik Breakout ini ianya bermanfaat buat mereka yang dilanda stres. Breakout adalah teknik kegiatan normal yang mampu memberi impak yang berkesan sehingga seseorang itu akan bertambah damai, tenang, lega, relaksasi dan mampu memberi pengalaman menyeronokkan untuk anda.


.....................
Muiz Mukhtar
Guru Bimbingan

No comments:

Post a Comment