Kini ramai yang sudah terbiasa dengan malayari televisyen, menggunakan laptop atau komputer, bermain handphone ataupun mengakses internet sebelum tidur. Ada yang tidak mempedulikan masa tidur atau rehatnya kerana terlalu mementingkan penggunaan alatan teknologi ini.
Ada juga yang tidur dengan tidak mematikan alatan-alatan teknologi ini. Kesannya kita sukar untuk tidur lena dan terbangun di pagi hari dalam keadaan masih mengantuk serta keletihan. Ada juga yang terjaga atau terbangun secara mengejut sekiranya ada deringan dari alatan-alatan teknologi ini sehinggalah susah untuk menyambung tidur kembali. Akhirnya kualiti tidur seseorang itu terganggu dan membawa kesan pada keesokan harinya.
Sebenarnya ini adalah salah satu stres yang akan menimpa dan ia dipanggil sebagai serangan technostress. Technostress adalah stress atau tekanan yang berpunca dari gara-gara penggunaan teknologi secara berlebihan dan tidak teratur. Technostress ini boleh membawa kepada permasalahan kesihatan terhadap sistem fisiologi tubuh kerana hasil dari kesan gelombang dan tindak balas kimia tubuh.
Reaksi kimia dan gelombang ini akan mempengaruhi kesegaran tubuh dan kewarasan fikiran apabila di pagi hari. Ketika di pagi hari dalam keadaan letih dan tidak bermaya, maka emosi menjadi mudah tersinggung, cepat terguris. mula merasi malas dan penat sehinggalah ada yang melakukan tindakan yang negatif.
Jadi, saranan kesihatan adalah cuba memberhentikan penggunaan alatan teknologi ini sejam atau setengah jam sebelum tidur. Alatan ini perlulah dimatikan dan dijauhkan dari tempat tidur. Jangan biarkan pemikiran anda beroperasi dengan melebihkan penggunaan teknologi ini sehingga lupa kapasiti atau kemampuan tubuh untuk beroperasi. Moga kita semua tidak diserang technostres pada hari esok.
........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)
No comments:
Post a Comment