Thursday, 29 April 2021

KOMPAUN ADAKAH IA 'PENGAJARAN' ATAU 'PEMBUNUHAN SENYAP'?


INI ADALAH 5 PERKARA TENTANG KOMPAUN YANG SAYA INGIN KONGSIKAN.

1. SEMAKIN DIHUKUM, SEMAKIN MEMBENCI

Saya sangat setuju kompaun dikuatkuasakan bagi individu/kumpulan yang membuat kesalahan melanggar SOP kerana ia adalah pengajaran dan peringatan. Tetapi janganlah ia keterlaluan, tidak masuk akal dan mengelirukan sehingga boleh membunuh emosi dan rasional orang lain berfikir. Undang-undang ciptaan bukanlah untuk menzalimi tetapi untuk mengadili.

Allah menghukum manusia supaya kembali sayang dan dekat kepada Yang Esa, tetapi berbeza manusia menghukum manusia supaya benci dan jauh dari sang penguatkuasa. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


2. KECIL DAN BESAR DILIAH SEPERTI SAMA SAHAJA.

Bagi kesilapan, sudah pasti ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang perlu di ambil dengan tindakan tegas dan ada yang perlu kepada budi bicara. Semua ini adalah untuk kebaikan bersama. Tetapi kini apa berlaku, kecil atau besar kesilapan itu tetap dihukum dengan tiada beza. Sehinggalah yang sedang berusaha mencari rezeki diaggap sebagai penjenayah yang perlu digari.

Sedangkan Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya memohon ampun bagi dosa kecil dan besar, takkanlah manusia terus menghukum dengan menolak pemohonan kemaafan bagi kesilapan kecil. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


3. MISTERI DAN TANDA TANYA.

Menghukum dengan memberi kompaun tidak salah dan perlu di buat sebagai tanda ketegasan dan peringatan. Tetapi yang bermasalah kini adalah orang yang meletakkan hukuman tidak menilai situasi dan keadaan bahkan lebih teruk ada 'double standard'. Yang terhimpit semakin sempit, yang kayangan pula semakin kenyang. Yang miskin terus disiasat dan yang kaya pula sempat lagi membuka kertas siasatan.

Inilah yang berlaku kini sehinggalah undang-undang kompaun menjadi misteri dan tanda tanya bagaimana ia dinilai dan di ambil kira. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


4. KES SEMAKIN MENINGKAT.


Kes Covid-19 kini semakin meningkat dan wujudnya kluster-kluster baru yang membimbangkan. Dengan memberi kompaun sebenarnya ia mengajar masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi melakukan kesalahan melanggari SOP. Walaubagaimana angka kompaun itu perlu dikaji bagi memastikan masyarakat dan netizen tidak bersuara. Bayangkan RM50 ribu yang perlu dibayar, sudah pasti dalam tempoh setahun, setiap bulan angarannya adalah RM 4,167.00. Banyak dan boleh memberi bebanan.

Walaupun kompaun itu akan diberi budi bicara setelah rayaun, tetapi persepsi menghukum sebegini membuatkan masyarakat dan netizan berpandangan negatif. Makin adanya rasa negatif, maka makin sukarlah untuk dibimbing supaya mengikut peraturan yang ditetapkan. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


5. KOMPAUN BAGI MEREKA YANG DEGIL.


Tindakan perlu dibuat bagi mereka yang bersalah dan melanggari SOP kerana manusia yang degil masih wujud di dalam masyarakat. Manusia yang degil ini hanya segelintir tetapi mereka inilah yang mungkin mencetuskan hura-hara sehingga undang-undang kompaun juga menjadi mengila. Jangan salah pihak berkuasa sekiranya mereka bertindak, tetapi salahkan juga manusia yang degil dengan tindakannya.

Fikirkan keadaan fronliners yang kini berpenat lelah untuk membantu kita semua. Apapun jadikan undang-undang yang dibuat ini sebagai PENGAJARAN' bukan 'PEMBUNUHAN SENYAP'.


KESIMPULAN

Pengajaran adalah panduan untuk seseorang itu berjaya. Membuat kesilapan itu biasa, tetapi biarlah kita belajar dari kesilapan yang pernah dibuat. PEMBUNUHAN SENYAP yang saya maksudkan adalah membunuh emosi, fikiran dan usaha orang sehingga menjadi lemah dan akhirnya merana.


........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

GURU SPOTCHECK DATANG BULAN DAN GURU MELAWAK LUCAH

Suka saya membaca pandangan netizen terhadap dua isu 'GURU' yang tengah menjadi tular sekarang.

1. Guru periksa haid murid perempuan.
2. Guru bergurau lucah pasal rogol lepas umur 18.
.

Sekiranya ia adalah pandangan membina dan menjadi perbincangan ke arah memurnikan, tidak ada masalah. Tetapi ada juga berlaku salah faham serta bibit negatif sehingga timbul perbalahan pandangan, kecam mengecam, keluarkan kata-kata tidak sepatutnya dan menyalahkan pihak tertentu. Sehingga ada yang menghukum keseluruhan guru sedangkan yang bermasalah hanyalah segelintir sahaja.

Dua isu yang menjadi tular itu sebenarnya sudah lama berlaku di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mungkin dahulunya pelajar tidak banyak bersuara, tidak mahu bersuara bahkan takut untuk bersuara. Kerana corak pemikiran dan situasi dahulunya berbeza dengan zaman generasi kini. Kini ruang bersuara amat terbuka dan pelajar generasi kini lebih cepat belajar, faham serta tahu. Jadi setiap tindakan yang salah atau luar batas itu akan dinilai dan dikongsikan secara bebas.

Saya bukanlah ingin berkongsi pandangan tentang isu berlaku kerana sudah ramai yang telah memberi ulasan ilmiah serta fakta bernas. Tetapi saya ingin menyatakan harapan kepada netizen supaya berhati-hatilah semasa menulis dan jagalah keperibadian di bulan Ramadan ini.

Bulan Ramadan banyak mengajar kita meningkatkan potensi diri. Terdapat TIGA potensi yang sepatutnya kita kawal dan biarlah ia berjaya di dalam tarbiah Ramadan,
1. Quwwat Al-Ghadabiyah (Potensi menjaga amarah dan menjaga emosi).
2. Quwwat Al-Sahwaniyah (Potensi menjaga hawa nafsu dan keinginan).
3. Quwwat Al-Natiqah (Potensi menjaga corak berfikir dan memberi pandangan)

Semoga isu tular yang barlaku ini dapat di selesaikan dengan cara baik dan biarlah ia menjadi iktibar buat semua orang di luar sana.

1. Jangan ambil mudah soal menjatuhkan aib dan malu orang. Ini kerana akan memberi kesan terhadap emosi dan tekanan orang.

2. Jangan ambil mudah tentang masalah haid, bersuci dan isu solat. Ini kerana solat adalah tanggungjawab bagi orang muslim dan perlu di jaga.

3. Jangan ambil mudah tentang masalah bercakap lucah atau bertidak lucah. Ini kerana perkara lucah boleh meruntuhkan akhlak seseorang dan merosakkan sistem pendidikan kita.


.........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

Sunday, 11 April 2021

 PROGRAM MOTIVASI TEKNIK BELAJAR SECARA ONLINE ATAU OFFLINE

KAMI NAK BANTU 'RECHARGE' TEKNIK BELAJAR PELAJAR.

Apabila tahu teknik yang betul untuk bermain PUBG, Mobile Legends, Among Us, TikTok dan pelbagai lagi, sudah tentu perkara itu akan menjadi lebih seronok. Begitulah dengan belajar, sekiranya pelajar tahu teknik yang betul dan bersistem, sudah tentu belajar juga boleh menjadi seronok walaupun sudah lama tidak mengamalkannya dan kini kembali ke sekolah semula.


Maka Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) sedia membantu 'recharge' adik-adik pelajar supaya seronok belajar dengan tahu teknik yang betul daa berkesan. Antara trainer-trainer terlatih dari ITC yang sedia membantu adalah,


In syaa Allah modul dan aktiviti kami akan dibuat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

Hubungi 0134058718 (Kamal) untuk membuat tempahan khidmat latihan dan motivasi ini SECARA ONLINE ATAU OFFLINE kepada sekolah tuan/puan.
Atau boleh sahaja klik link ini dan kami akan terus bantu tuan-puan:


Sekian, kami suka!

 PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SECARA ONLINE ATAU OFFLINE 


KAMI NAK BANTU 'RECHARGE' ADIK-ADIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH.

Setelah berbulan-bulan adik-adik pelajar sekolah menengah kita berada di rumah, sudah tentu pelbagai cabaran yang mungkin berlaku untuk mengembalikan semangat dan 'energy' baru bila mereka kembali ke sekolah semula secara bersemuka.


Maka kami, dari
Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)
sedia membantu 'recharge' adik-adik pelajar sekolah menengah supaya lebih bersemangat, bermatlamat dan mencari rentak supaya kembali minat kepada pembelajaran serta menuntut ilmu.


Antara trainer-trainer terlatih dari ITC yang sedia membantu adalah,

In syaa Allah modul dan aktiviti kami akan dibuat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

Hubungi 0134058718 (Kamal) untuk membuat tempahan khidmat latihan dan motivasi ini SECARA ONLINE ATAU OFFLINE kepada sekolah tuan/puan.

Atau boleh sahaja klik link ini dan kami akan terus bantu tuan-puan:
.
Sekian, kami suka!