Thursday 29 April 2021

KOMPAUN ADAKAH IA 'PENGAJARAN' ATAU 'PEMBUNUHAN SENYAP'?


INI ADALAH 5 PERKARA TENTANG KOMPAUN YANG SAYA INGIN KONGSIKAN.

1. SEMAKIN DIHUKUM, SEMAKIN MEMBENCI

Saya sangat setuju kompaun dikuatkuasakan bagi individu/kumpulan yang membuat kesalahan melanggar SOP kerana ia adalah pengajaran dan peringatan. Tetapi janganlah ia keterlaluan, tidak masuk akal dan mengelirukan sehingga boleh membunuh emosi dan rasional orang lain berfikir. Undang-undang ciptaan bukanlah untuk menzalimi tetapi untuk mengadili.

Allah menghukum manusia supaya kembali sayang dan dekat kepada Yang Esa, tetapi berbeza manusia menghukum manusia supaya benci dan jauh dari sang penguatkuasa. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


2. KECIL DAN BESAR DILIAH SEPERTI SAMA SAHAJA.

Bagi kesilapan, sudah pasti ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang perlu di ambil dengan tindakan tegas dan ada yang perlu kepada budi bicara. Semua ini adalah untuk kebaikan bersama. Tetapi kini apa berlaku, kecil atau besar kesilapan itu tetap dihukum dengan tiada beza. Sehinggalah yang sedang berusaha mencari rezeki diaggap sebagai penjenayah yang perlu digari.

Sedangkan Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya memohon ampun bagi dosa kecil dan besar, takkanlah manusia terus menghukum dengan menolak pemohonan kemaafan bagi kesilapan kecil. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


3. MISTERI DAN TANDA TANYA.

Menghukum dengan memberi kompaun tidak salah dan perlu di buat sebagai tanda ketegasan dan peringatan. Tetapi yang bermasalah kini adalah orang yang meletakkan hukuman tidak menilai situasi dan keadaan bahkan lebih teruk ada 'double standard'. Yang terhimpit semakin sempit, yang kayangan pula semakin kenyang. Yang miskin terus disiasat dan yang kaya pula sempat lagi membuka kertas siasatan.

Inilah yang berlaku kini sehinggalah undang-undang kompaun menjadi misteri dan tanda tanya bagaimana ia dinilai dan di ambil kira. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


4. KES SEMAKIN MENINGKAT.


Kes Covid-19 kini semakin meningkat dan wujudnya kluster-kluster baru yang membimbangkan. Dengan memberi kompaun sebenarnya ia mengajar masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi melakukan kesalahan melanggari SOP. Walaubagaimana angka kompaun itu perlu dikaji bagi memastikan masyarakat dan netizen tidak bersuara. Bayangkan RM50 ribu yang perlu dibayar, sudah pasti dalam tempoh setahun, setiap bulan angarannya adalah RM 4,167.00. Banyak dan boleh memberi bebanan.

Walaupun kompaun itu akan diberi budi bicara setelah rayaun, tetapi persepsi menghukum sebegini membuatkan masyarakat dan netizan berpandangan negatif. Makin adanya rasa negatif, maka makin sukarlah untuk dibimbing supaya mengikut peraturan yang ditetapkan. Sekarang fikirkan adakah ia 'PENGAJARAN' atau 'PEMBUNUHAN SENYAP'?.


5. KOMPAUN BAGI MEREKA YANG DEGIL.


Tindakan perlu dibuat bagi mereka yang bersalah dan melanggari SOP kerana manusia yang degil masih wujud di dalam masyarakat. Manusia yang degil ini hanya segelintir tetapi mereka inilah yang mungkin mencetuskan hura-hara sehingga undang-undang kompaun juga menjadi mengila. Jangan salah pihak berkuasa sekiranya mereka bertindak, tetapi salahkan juga manusia yang degil dengan tindakannya.

Fikirkan keadaan fronliners yang kini berpenat lelah untuk membantu kita semua. Apapun jadikan undang-undang yang dibuat ini sebagai PENGAJARAN' bukan 'PEMBUNUHAN SENYAP'.


KESIMPULAN

Pengajaran adalah panduan untuk seseorang itu berjaya. Membuat kesilapan itu biasa, tetapi biarlah kita belajar dari kesilapan yang pernah dibuat. PEMBUNUHAN SENYAP yang saya maksudkan adalah membunuh emosi, fikiran dan usaha orang sehingga menjadi lemah dan akhirnya merana.


........................
Muiz Mukhtar
(Guru Bimbingan)

No comments:

Post a Comment