Tuesday 24 March 2015

'HABISKAN PENGAJIAN ANDA SEKIRANYA MAMPU' - DAVE THOMAS


Saya ingin membawa sebuah kisah seorang pengasas makanan segera Wendy's iaitu Dave Thomas yang mempunyai kekayaan wang dan kekayaan jiwa dalam menimba ilmu. Beliau tidak dapat menghabiskan persekolahannya disebabkan masalah kewangan, namun begitu selepas beliau berjaya dalam kerjayanya sebagai ahli perniagaan, beliau seringkali menggalakkan para remaja menyambung pelajaran mereka walaupun dalam keadaan sukar. 


Beliau juga telah menyambung kembali persekolahan selepas 45 tahun meninggalkannya bagi mendapatkan sijil tamat pengajian sekolah menengah. Akhirnya beliau berjaya tamatkan persekolahan menengah dan lulus peperiksaan walaupun umurnya sudah jauh berbeza dengan pelajar yang lain.


Di dalam majlis penyampaian selepas lulusnya peperiksaan dan tamat pengajiannnya beliau diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada hampir 500 pelajar dari sekolah itu dan sekolah lain. Beliau ada menyatakan; 

"Selama ini hati saya selalu tidak senang kerana tidak menghabiskan persekolahan dan saya rasa sudah terlambat bagi mendapatkan sijil ini. Tetapi sekarang, saya tahu tidak terlewat dan mungkin ini akan memberi perangsang kepada orang lain bagi melakukan perkara yang sama". 


Kisahnya ini telah menjadikan ramai orang sedar akan kepentingan pendidikan dan bertemunya semata-mata untuk mendapatkan nasihat. Beliau juga pernah bertemu ramai wartawan dan apa yang dijawab olehnya adalah;

"Mereka asyik bertanya saya mengapa saya menyatakan pendidikan itu penting, tetapi saya sendiri tidak menghabiskan persekolahan. Mengapa saya tidak membuat perkara yang saya nyatakan itu?. Saya buntu dan saya tiada jawapan untuk persoalan sebegitu. Jadi apa yang perlu saya lakukan adalah mendapatkan sijil tamat sekolah menengah saya walaupun umur sudah tua".


Sambungnya lagi;

"Saya sarankan kepada mereka supaya mendapatkan pendidikan setinggi langit dan sedalam lautan. Saya sendiri hanya mendapat sijil selepas 45 tahun berhenti sekolah dan ia membuktikan semua itu tidak mustahil. Berbanding banyak kejayaan yang saya perolehi sepanjang hidup saya sebagai ahli pernigaan ini, mendapat sijil ini adalah pencapaian paling bernilai untuk diri saya".

No comments:

Post a Comment