Sunday, 23 September 2012

Kisah Mr Honda


Tan Sri Loh Boon Siew juga dikenali sebagai ‘Mr Honda’  merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda. Beliau telah berhijrah dari China ke Malaysia ketika berusaha 12 tahun dan mendapat pekerjaan awal sebagai seorang mekanik. Beliau menambah pendapatannya yang sedikit itu dengan membasuh bas dengan kadar bayaran 10 sen sebuah. Di sebabkan kemiskinan hidup, beliau adalah seorang yang tidak berpelajaran, tidak tahu membaca dan menulis. 

Beliau juga sering kali dibuli dan ditipu sehinggalah beliau merasakan dirinya adalah orang yang tidak berguna. Akan tetapi beliau tidak mengalah dengan kritikan dan cacian orang lain malah terus berusaha untuk membuktikan beliau adalah seorang yang tidak bodoh. Akhirnya beliau tidak lagi buta huruf dan motivasi dalamannya cukup kuat sehinggakan beliau berjaya walaupun mengambil tempoh yang agak lama. Beliau telah menyediakan pekerjaan bagi ribuan orang dan dirinya bukan lagi dianggap bodoh.


Moral :

Kejayaan seseorang itu tidak akan datang dengan cara yang mudah. Ini kerana semua orang akan melalui cabaran hidup dan mengikuti dairi kehidupan yang ditetapkan Allah. Sekiranya kita redha, bersyukur dan ditambah dengan berusaha bagi mencapai matlamat, kita akan rasai kenikmatan erti bertuhan. Ingatlah, Tuhan akan menjanjikan kejayaan bagi orang yang bertakwa.

Kisah Roger Bannister


Pada tahun 1954, seorang pelari terkenal yang bernama Roger Bannister telah memecahkan rekod dunia dengan kejayaannya berlari kurang daripada 4 minit sebatu. Sebelum itu ramai pelari telah mencuba tetapi ianya gagal. Ramai doktor, pelatih olahraga, ahli fisologi dan pakar-pakar perubatan bersetuju dan bersepakat bahawa sememamgnya tidak akan ada manusia yang boleh berlari sepantas daripada itu. 

Ramai pelari telah menerima pendapat dan berkeyakinan hasil daripada kajian yang dilakukan pakar bahawa badan manusia dan kekuatan manusia ada hadnya dan adalah mustahil bagi sesiapa pun untuk berlari kurang daripada 4 minit. Oleh itu tiada siapa yang berjaya melakukan perkara itu kecuali seorang pelajar perubatan Universiti London yang bernama Rogers Bannister. 

Apa yang di lakukan Bannister adalah ia tidak mahu mendengar nasihat daripada pakar-pakar dan dirinya berkeyakinan bahawa ia bukanlah mustahil untuk lakukan sekirannya ada latihan secara terus menerus. Bannister telah bersungguh-sungguh berusaha dengan mengambil masa yang agak lama dan akhirnya dirinya telah berjaya memecah rekod lariaan kurang dari 4 minit sebatu. Lariannya adalah dengan mengambil masa 3 minit 59 saat sebatu. 

Dengan rekod ini, dunia olahraga menjadi gempar dan ramai pelari sudah mengubah corak pemikiran untuk terus memecahkan rekod baru tanpa memikirkan ianya mustahil. Dalam masa enam minggu selapas itu, seorang lagi pelari bernama John Landy Field dari New Zealand pula dapat melakukan larian dengan masa 3 minit 58 saat walaupun dirinya pernah gagal.


Moral :

Apabila manusia yakin akan kebolehan potensi yang dianugarahkan Allah, pasti kejayaan akan menunggunya di hadapannya. Sekiraanya manusia sering kali terikat dengan paradigma sangkaan ianya tidak boleh berjaya, maka sampai bila pun ia akan gagal. Ini semua kerana diri sendiri yang membataskan kemampuan.

Wednesday, 19 September 2012

Kisah Dr. Robert Jarvick


Dr. Robert Jarvick iaitu pencipta jantung mekanikal pertama di dunia. Di bangku sekolah, beliau adalah murid yang sederhana dan tidak cemerlang di dalam pelajaran. Namun beliau bercita-cita dan sentiasa meletakkan motivasi di dalam dirinya untuk menjadi seorang doktor satu hari nanti. 

Selepas menamatkan alam persekolahan, beliau pada mulanya gagal mendapat tempat di fakulti perubatan universiti-universiti di Amerika kerana beliau gagal di dalam ujian kemasukan. Akan tetapi motivasi di dalam dirinya tidak sesekali menurun bahkan beliau terus mencuba sehinggalah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di salah sebuah universiti di Itali. 

Selepas lulus dan berkhidmat sebagai doktor perubatan, beliau berjaya mencipta jantung mekanikal dan usaha tersebut memberi harapan kepada pesakit-pesakit jantung sementara menanti adanya penderma jantung manusia sebenar. Di saat itulah beliau merasakan kejaayaannya ini hasil daripada semangat motivasinya sejak di bangku persekolahan lagi.


Moral :

Motivasi yang terbaik adalah motivasi ‘dalam-ke-luar’ bukannya ‘luar-ke-dalam’. Ini bermakna jika seseorang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi dan di bantu dengan dorongan motivasi luaran,sudah pasti diri seseorang itu tidak akan melihat kegagalan sebagai masalah untuk mendapatkan kejayaan.

Kisah Charles Goodyear


Pada tahun 1834 ketika Charles berada di dalam penjara kerana hutang akibat beberapa perniagaannya yang telah gagal, beliau seringkali memikirkan cara untuk menjalankan perniagaan yang menguntungkan. Selepas Charles keluar dari penjara, beliau telah membuat ujikaji menggunakan getah di mana dalam keadaan asalnya getah cair pada suhu yang rendah. 

Charles berusaha selama sepuluh tahun dan akhirnya beliau menemui suatu proses yang dipanggil ‘penvulkanan’ yang mencegah getah daripada menjadi cair dan menjadikannya berguna secara komersil. Semua ini hasil dari semangatnya yang tidak mudah luntur untuk mencapai matlamat yang diinginkannya walaupun mendapat beribu kali kegagalan. Kini syariakt tayar Goodyear telah dikenali diseluruh dunia. 


Moral :
 
Sekali gagal tidak bererti kita adalah orang yang lemah. Seribu kali gagal tidak bererti kita adalah orang yang malang. Gagal dengan cara berusaha akan menemui kejayaan yang tidak akan di sangka-sangka.

Kisah Sylvester Stallone


Di awal usia mudanya Sylvester Enzio Stallone atau lebih dikenali sebagai Syl mengimpikan menjadi seorang pelakon Hollywood. Syl pernah dicaci oleh kawan-kawannya dengan menyatakan “Kau tak ada rupa paras menjadi pelakon kerana kecacatan pada mulutmu”. Akan tetapi, kata-kata itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha. 

Syl mahu mengejar cita-cita yang beliau impikan sejak kecil lagi. Beliau tidak mahu melakukan sesuatu yang membawanya tersimpang dari matlamat untuk menjadi bintang terkenal. Beliau hanya perlu mencari jalan yang betul untuk mencapai matlamat. Apa yang telah berlaku, Syl sudah menjadi seorang pelakon yang terkenal dan menerima pelbagai anugerah artis terbaik. 

Antara lakonan yang paling hebat dan mantap adalah membawa watak utama John di dalam filem Rambo dan juga Rocky dalam filem Rocky.


Moral :

Kadang-kadang faktor luaran yang negatif selalalunya akan menghapuskan cita-cita kita untuk terus berjaya. Kadang-kadang faktor luaran yang negatif ini juga akan menjadi pemangkin semangat bagi mengecapi cita-cita untuk terus berjaya. Sekirannya anda 'kuat' jadikan ianya sebagai cabaran hidup anda. Sekirannya anda 'lemah' janganlah pula jadikan ianya sebagai alasan hidup anda.

Kisah Louis Braille


Louis Braille mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakannya apabila dirinya mendapat kecacatan penglihatan akibat kemalangan menyebabkan dirinya sering kali menyalahkan takdir. Akan tetapi, pengalamannya itu telah menjadikan beliau sentiasa bermotivasi dan menghargai diri sendiri yang telah buta. 

Hasilnya, Louis merasakan dirinya seperti insan lain yang memiliki mata untuk melihat. Ketika itu, tidak ada orang percaya bahawa orang buta dapat membaca dengan baik. Namun, Louis telah membuktikan bahawa mereka boleh membaca seperti orang lain. Beliau telah belajar membaca huruf timbul menggunakan hujung jarinya. 

Beliau kemudiaan mencipta sistem bacaan baru untuk orang yang buta. Sistem yang menggunakan titik timbul itu akhirnya tersebar dan seterusnya digunakan di seluruh dunia. Kini sistem itu dikenali sebagai Braille. Sejarah hitam kisah silamnya telah bertukar kepada sejarah kejayaan yang paling berharga.


Moral : 
Harga sebuah pengalaman tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta. Hanya kita sahaja yang tahu betapa untungnya sebuah pengalaman.